Masalahnya sekarang kami masuh duduk serumah tanpa pengetahuan istri dia dan apabila dia cuti dia akan balik ke rumah istri dia 3 hari saja

Assalamualaikum min, hide profile saya min.. min macam ni, saya dalam delima sekarang ni.. berpunca 5 tahun lepas pada tahun 2015, saya ada kenal dengan seorang lelaki ni,

lelaki ni tinggal dikawasan rumah saya tapi saya tak tahu di mana rumah dia cuma saya thu dia tgl dikawasan ruma saya tu je. Pd mulanya laki ni bersumpah tidk mempunyai istri mgku bujang.

Jadi saya pun tak fikir apa mase tu saya percya dia dan kami pun bercinta dasar suka sm suka. Di pendekkan crita dalam percintaan kami dalam masa 2 tahun, dan kami dah beberapa kali terlanjur.

Tiba2 suatu hari ada seorg pmpuan mesej saya dn menanyakan tntg hubungan kami dan sidia. Saya jd panik, siapakah perempuan tu tba2 mesej saya dan bertanya hubungan kami.

(Ohhh lupa saya nk bgtau, laki tu kami jumpa jrang2 skli sebab dia kerja sebagai offshore kdng dua bulan skli baru balik) ok kita sambung balik pd pmpuan yang mesej saya td. Selepas dia tanya apa hubungan kami, saya pun beritahu dia adalah bf saya dan kami bercinta dah 2thun.

Ms tu saya tak tahu lagi siapakah perempuan ni, jadi saya pun tnya dia blik siapa awak? Dan perempuan tu pun mnjwp dia adalah istri kepada laki ni dan mempunyai anak dua sorang 10 tahun dan sorang 3 tahun.

Saya terkejut, dan saya pun mohon maaf pd istri dia sebab saya btl2 tk thu dia adalah suami orang. Dan istri dia pun, tanpa buat keputusan dia seboleh2nya suruh kami bernikah sebab kami dah terlanjur istri dia tak nak subahat dengan kami dan tanggung dosa atas apa kami dah lakukan.

Ya saya tahu saya b0d0 kerana saya terlalu percayakan dia, sebab tiada berubahan pada c laki ni dan menunjukkan dia mempunyai anak dan isteri. Dr segi penampilan dia macam seorg yang bujang.

Saya tak nak amek keputusan meluluh kerana istri dia memaksa kami bernikah, sebab saya tak nak bermadu dan dalam masa yang same saya dah jatuhkan rumah tangga orang, saya serba salah pada istri dia.

Istri dia adalah seorg ustazah yang mengajar budak mengaji memandangkan bf saya ni masih d laut saya tak beritahu pada c bf saya ni bahawa istri dia ada mesej saya. Saya tunggu dia balik d darat dn jumpa saya.

Dn dlm ms yang sme saya berhubung dngn bf saya ni seperti biasa melalui wtsp tanpa tanya dia apa2 berkenaan status dia. Dan sebulan kemudian tiba dia balik, saat2 yang saya tgu. Akhirnya dia cuti dan balik ke darat. Apabila saya berjumpa dgn dia,

(ohh untuk pengetahuan min saya duduk bujang menyewa 1 ruma dan tgl bersama bf selama setahun dah kami menyewa rumah) saya dah berhadapan dngn dia.

Tiba2 saya terus lempang dia dan sambil menangis, saya katakan kenapa tipu saya hdup2 selama kita kenal. Awak katakan awak bujang tapi hakikatnya awak mempunyai isteri dan anak.

Dan dia memohon maaf atas kesilapannya kerana menipu saya, dia kata dia mnipu saya krna takut saya tglkan dia, sebab mse sblm kmi bercinta saya beritahu dia saya tdk suka berkawan dengan lelaki yang status berkahwin.

Tipu lah kalau kata saya tk cinta dia dan sayag pd dia. Tp apakan daya hati saya sakit macam dicucuk dgn pisau. Dia merayu dgn saya agar jgn tglkan dia, dia sggup bawak saya pergi berjumpa ngn istri dia.

Tp saya nekad tdk mahu kerana saya tknak di madu kan. Kalau dia nak saya, dia kena pilih antara saya dengan isteri dia. ,saya tidak akan kahwin bersme dia tetapi saya akan bersme dia dngn cara bercinta. Skrg saya dalam delima,

bagaimana untuk saya lupakan dia dn buang jauh2 ksih sayag yang ada dlm hati saya ni min. Macam2 cara dah saya buat tp saya tak boleh lupakan dia min.

Masalahnya sekarang kami masuh duduk serumah tanpa pengetahuan istri dia dan apabila dia cuti dia akan balik ke rumah istri dia 3 hari saja min dan selebihnya ke rumah sewa kami sehingga lah habis cuti dia sekarang hubungan kami dah 5 tahun min

bila saya fikir2 balik sampai mana mengakhiran hubungan kami.Ya saya tahu saya salah kerana tidak menjauhi dia apabila dapat tahu dia status suami orang tapi saya sayang dia min. Saya belum pnh berkahwin saya status bujang dan bekerja.

Tapi min spjng kenalan kami, dia jaga saya dengan baik min dia buat saya macam istri dia min. Selepas kejadian ni, baru lah dia tunjuk gambar2 istri dia dan anak2 dia min. Dia tidak pnh buruk2kn isterinya min pada saya. Bantu saya min. Jangan kecam saya,doakan yang terbaik untuk saya.