Masalahnya sekarang aku tidak pasti bayi dalam kandungan itu anak SH atau J dan usaha aku tidak berhasil kerana SH telah benar2 kembali dengan isterinya

Salam min. Macam biasa hide fb aku min. Aku just nak share kisah hidup aku dulu min. 6 tahun lepas aku kenal dengan sorang mamat ni, muka boleh tahan maco cuma ketinggian tak cukup.

Tu pun dah buat aku terpikat dekat dia min. Kami kenal semasa hadir interview anggota sukarelawan di Seremban. Aku dapat tahu yang dia dah pun berkahwin anak 1. Time tu min aku dah kahwin anak 2.

Rumahtangga aku okay, cuma suami aku akibat terlampau 0b£s sehingga dia dah tak mampu nak penuhi nafkah b4tin aku apalagi nafkah zahir, bukan tidak bertanggungjawab, tapi di sebabkan size badan dia tak mampu nak berkerja, cuma membantu di kedai makan.

Dengan segala kelemahan dia, aku mula curang. Ramai lelaki yang minat aku mungkin kerana paras aku yang cantik kacukan mat sal£h bel4nd4.  Mudah untuk kerja kerja curang aku min.

Di sebabkan suami aku cukup mendengar cakap aku dan aku tahu dia tak mampu nak control aku yang sihat, bertambah mudahlah aku sorokkan segala kecurangan aku.
Berbalik pada kenalan baru aku tu kami mula rapat bertukar cerita apetah lagi kami ditempatkan di pusat latihan yang sama di negeri N.

Aku namakan kekasih aku dgn SH.
Aku katakan pada SH yang aku dalam proses untuk cerai dan SH dengan mudah percaya dan dia mula masuk jarum.

Sejak perkenalan pertama hubungan kami semakin rapat SH mula bercerita tentang isterinya yang bermasalah dan dalam proses cerai. SH selalu makan hati dengan isterinya yang pelawan, malas masak dan lansung tak nak masak,

layanan sebagai isteri lansung tiada, selalu menolak untuk berhubungan, tidak pandai menjaga diri, tidak menghormati mertua, muka hit4m berbekas jerawat, peng0t0, balik dari kerja terus tidur,

kuat main b0m0 dan yang paling hinanya SH ceritakan yang isterinya pernah ada anak lu4r nik4h. Dengan cerita cerita dari SH, aku mula menunjukkan yang aku perempuan yang baik baik.

Aku buat dia benar benar cintakan aku dengan layanan class A. Hari demi hari Kami semakin rapat sehingga terlanjur. Kami selalu melampiaskan n4fsu didalam kereta, hotel dan akhirnya kami ambil keputusan untuk menyewa sebuah bilik di tengah bandar S.

Aku bawa bersama anak anak aku untuk mengaburkan mata jiran jiran supaya mereka tahu kami adalah pasangan suami isteri. Kami hidup seperti sepasang suami isteri dan SH berjanji mengahwini aku selepas SH menceraikan isterinya.

Aku percaya dengan SH. Aku juga telah dibawa kerumah ibubapa SH. SH begitu menyayangi aku, sehingga memberikan kereta yang sebelum ini di pakai isterinya, di berikan pada aku.

Perempuan muka bvrvk memang tak layak untuk dapat tu semuakan. Aku buat SH benar benar lupakan anak dan isteri. Aku dimanjakan kesana kesini, di belikan apa yang aku mahu. Si isteri masih sibuk dengan menghantar pesanan pada setiap hari.

Pada masa itu SH sudah nekad untuk menceraikan isterinya. Perempuan muka bvrvk, sudah kembali pada keluarganya. Senang urusan aku, dia pun tidak pernah cuba untuk cari dan maki aku macammana isteri lain buat bila suami mereka di rampas.

Terbuktilah kata SH yang isterinya seorang yang b0d0 tidak berani bersuara. Ketika itu hidup aku sangat bahagia. Semasa ketiadaan SH, aku menghabiskan masa bersama kekasih hati aku yang lain.

Seorang lelaki kulit hit4m dari negara A. Aku puas, teramat puas dengan layanan dari J, jika nak di bandingkan dengan SH yang hanya melepaskan b4tuk di tangga. Kehidupan aku mula mewah, aku dapat apa yang suami aku tidak mampu untuk berikan selama aku berkahwin.

Dengan SH aku tak kisah kalau dia nak kahwin atau tidak sebab aku boleh dapat lebih dengan lelaki lain. Bagi aku kalau dia boleh buat isteri dia, tidak mustahil dia boleh buat pada aku nanti.

Setiap apa aku lakukan di belakang SH tersimpan rapi. Dengan suami aku, semuanya lancar, kerana aku pandai bahagikan masa untuk suami, SH dan J. Aku puas kerana dapat buat SH benci dan lupa pada anak dan isteri.

1 malam selepas aku balik dari ambil SH dr pejabat, kami seperti biasa melampiaskan n4fsu seharian tidak berjumpa dan tertidur kepenatan. Dan disitulah bermula penamat hubungan aku dan SH setelah aku dan SH ditangkap kh4lwat.

SH di jamin oleh isteri nya yang b0d0. Aku di jamin oleh ahli keluarga. Malam itu aku dapat tahu dari suami ku yang SH telah dipukul teruk oleh ahli keluarga ku. Keesokan aku cuba kol untuk bercakap dengan SH, tapi di jawab oleh si perempuan b0d0,

aku merayu meminta untuk bercakap dengan SH minta bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan, namun tidak di endahkan. SH meminta aku lupakan dan cukup tamat hubungan kami.

Beberapa hari aku cuba untuk berhubung SH tetap tidak endahkan aku, sehinggalah suatu hari suami aku meningg4l dunia akibat komplikasi jantung dan beberapa penyakit lain. Aku cuba kol SH untuk maklumkan,

dengan harapan SH kembali pada aku, supaya aku boleh berkahwin dengan SH, dan dapat menyelamatkan situasi aku pada masa itu kerana aku telah hamil 2 minggu.

Masalahnya sekarang aku tidak pasti bayi dalam kandungan itu anak SH atau J dan usaha aku tidak berhasil kerana SH telah benar benar kembali pada isterinya.

Dan sekarang Aku lalui hidup aku dengan J. Aku paksa dia bernikah dengan aku di si4m. Aku selamat melahirkan bayi kembar ku. Walau aku dan J tidak bahagia tapi aku puas sebab aku dapat apa yang aku nak. Aku dah puas hidup miskin.

Aku tak tahulah kalau perempuan b0d0 tu ada dalam geng Krt ni. Aku cuma nak tahu yang kau dah berubah atau tetap dengan b0d0 kau tu masih stay dengan j4nt4n yang di belakang kau kutuk kau.

Aku tak tahulah apa b0m0 yang kau pakai sampai SH senang senang balik pada kau.. Atau kau laki bini memang dua dua b0d0.