Masalahnya sejak bulan lepas lagi suami menyatakan hasratnya untuk pindah balik kekampung halamanya tahun hadapan

hai semua saya seorang isteri, bekerja online, belum dikurniakan zuriat hubungan kami suami isteri sangat baik nafkah batin zahir semua cukup alhamdulillah. Kami sekarang duduk di Pahang.

Masalahnya sejak bulan lepas lagi suami menyatakan hasratnya untuk pindah balik kekampung halamanya tahun hadapan dengan alasannya ialah sebab dia dah penat bekerja di bandar serta Mak suruh kami tinggal sama2 di kampung.

saya sekampung dgn MIL dan Ummi saya. Saya berbesar hati sebab boleh dekat dengan ummi saya. cumanya masalah tempat tinggal. suami saya berkeras untuk tinggal di rumah mak dia sedangkan dalam rumah mak dia ada ayah tiri (yang dia tak ngam), ada adik lelaki yang masih bersekolah, ada adik perempuan yang sudah berkeluarga tinggal sama2 di situ..

saya bercadang untuk tinggal di rumah Ummi saya sebentar sementara dapatkan rumah sewa sebab rumah Ummi saya pun tiada sesiapa yg duduk. adik beradik masing2 kerja di negeri lain2. Kiranya rumah tu cuma ada abah dan ummi shj.

Ummi pun sangat suka kalau saya dapat temankan dia tapi suami tak setuju. suami kata malu nak menumpang rumah saya lepastu dia takkan sewa rumah lain. suami kata nanti kerja ,gaji pun tak tahu cukup ke tak dekat kampung tu, lagi nak sewa rumah. Tak perlu sewa.

kita menumpang saja rumah mak dia sahaja. suami saya juga tiada simpanan yang kukuh. perbelanjaan untuk pindah barang pun banyak kene keluarkan. Nanti duduk di rumah MIL lagi banyak belanja sebab FIL mesti taknak keluarkan duit sebab Suami saya dah duduk situ. mestilah Suami saya yg kene belanja dalam rumah tu..

saya risau emosi, fizikal dan mental saya tak kuat untuk duduk sama2 dengan MIL dan ahli keluarga yg lain. Aurat saya kena jaga selalu. Saya takut saya jadi penat sebab menjadi orang suruhan mereka. kerana sebelum2 ni pun kalau saya balik kampung memang muka saya yang kena kemas, memasak, cuci baju, cuci bilik air, sapu laman rumah.

Alasanya saya balik sekali sekala dan saya tiada kerja pun nk buat sebab saya tiada anak lagi. Adik ipar perempuan ada anak sorang jadi dia akan jadikan alasan tak dapat kemas rumah sebab anaknya meragam. MIL pun selalu suruh2 saya untuk buat itu ini..katanya tolong mak kems rumah. Tolong masakkan, pak dgn adik2 nak makan, tolong basuh baju kitaorang tak sempat nk membasuh sampi baju nak pakai pun tak ada..

kadang2 saya balik kampung nk rehat2 kan badan tapi yang saya dapat cuma penat lepastu bila giliran ke rumah Ummi saya cuma mampu rehat shj sebab dah penat buat kerja di rumah MIL. ummi saya faham keadaan saya sebab dia ingat saya penat kerja packing barang online sy jadi dia suruh berehat sahaja sedangkan niat saya kalau balik jumpa ummi, saya nk ajak dia berjalan2.

nak ajak masak sama2. nak ajak deko rumah sama2 tapi saya dah sakit pinggang ,sakit tapak kaki, memang saya banyak rehat di rumah ummi. cepat je masa berlalu tahu2 dah kena balik ke bandar semula. suami? bila dia di kampung, perangai dia berbeza sangat dia seolah2 nak tunjuk yang dia suami yang ada kuasa Veto. kalau saya mintak tolong, dia tak endahkan saya.

kalau saya penat dia kata buat pelan2 sampai siap. dia juga tak hiraukan saya dah makan ke belum ke apa. dia cuma tahu nak keluar melepak dengan kawan2nya serta ahli family dia. dia pernah tinggalkan saya sorang2 di rumah , masa tu saya tengah sidai baju dekat belakang.

bila saya kedepan tengok rumah senyap. kereta tiada. saya call suami kata nak pergi makan tengahari sebab mak dah lapar sangat, mak kata saya tak masak. saya bukan tak masak cuma saya tak sempat nak siapkan , masa tu dah masak nasi dengan goreng ikan dah. masa tu memang saya menangis2 dan terus call abah utk amik saya.

Lepas tu suami saya marah saya kata keluar rumah tanpa izin suami.. abah dan ummi tak tahu saya diperlakukan macam tu. saya cuma bagi alasan saya yang taknak ikut mereka sebab saya penat kerja packing barang online2 sy.

Bila dh balik ke rumah kami, suami minta maaf dan buat macam tiada apa berlaku sedangkan kalau saya di rumah kami sendiri di pahang dia sangat2 baik , tak bagi saya buat kerja penat2 dia tak kesah pun kalau saya mintak tolong apa2 dekat dia. akan tanya saya OK TAK? kalau nampak saya buat kerja rumah tak habis dia yg offer diri untuk siapkan.

apa2 yang dia nak buat dia akan ajak saya berteman. dia akan pastikan makan sama2. lauk ke air ke akan pastikan saya yang jamah dulu walaupun saya dah tolak. Kemas kereta pun berteman. Sampai jiran2 pun cakap macam pengantin baru kemana2 mesti nak berdua.. sebab tu saya jadi takut dan risau untuk pindah ke kampung.

Apa yang saya perlu buat? apa sebab terbaik untuk saya beritahu pada suami yang saya tak mahu pindah.. atau saya perlu kuatkan mental saya untuk terima semua ini? saya buntu.