Saya dalam dilema bila sepasang suami isteri tiada anak melamar saya untuk dijadikan yang ke2

Assalamualaikum. Min, hide profie walau fake acc. mohon maaf andai ayat saya terabur, saya skolah sampai darjah 5 je. Tapi saya perlukan pendapat sahabat2 dalam ni.

saya janda anak4 umur 40 tahun. Nafkah dari ex untuk anak2 memang out, anak ke4 dah 5 tahun, tak pernah merasa tangan ayahnya dari dalam perut. Saya hanya buat kuih letak kat kedai2 makan untuk sara anak2, sewa rumah dan sebagainya.

Bagi kat ibu saya pun rm20@30 je seminggu. Saya dalam dilema bila sepasang suami isteri tiada anak melamar saya untuk dijadikan isteri ke2 dengan alasan ingin membantu saya membesarkan anak2 saya.

Setelah hmpir 6 tahun saya menjada, sebelum2 ni saya memang tutup hati untuk kenal dengan mana2 lelaki terutamanya suami orang kerana bila di fikirkan, siapa la yang sanggup menerima saya berstatus anak ramai walau ada je yang cuba2.

Jikan sblm2 ni, saya terus menolak secara berhemah, akan tetapi bila smpai d pasangan ini, perasaan saya mula bercmpur baur, sehingga saya berani bercerita kepada ibu saya ttg hal ni.

setelah bermalam2 saya cuba beristiqarah, Allah masih belum menunjukkan ape2 petunjuk, akan tetapi perasaan saya jadi tak menentu bila teringatkan wajah pasangan terbabit..

Lillahitaala, sebelum2 ni saya agak kurang bersetuju tentang poligami walau d anjurkan dalam Islam. perlu   ke saya menerima lamaran ni, atau saya teruskan hidup mcm ni selamanya.