Masalahnya kalau isteri saya merajuk atau marah dia akan mula promote diri dekat group janda duda terabai

Salam min, tolong hidekan profile saya ye. Saya sudah berkawin dan mempunyai seorang anak. Menyewa di ibu kota dengan rumah yang kecil iaitu 2 bilik 1 toilet dan 1 dapur..

Alhamdulillah dapat meyewa dengan harga mampu disewa plus duit sewa rumah termasuk dngan bil api dan air. Saya berkerja di syarikat yang besar tapi gaji tak besar boleh kata cukup2 makan kalau hidup di ibu kota ni.

Saya tak punyai kereta dan hnya ada motosikal sahaja. Kalau nak kemana-mana memang guna motosikal atau public transport. Isteri saya tak berkerja dan katanya nak fokus kepada anak kerana takut nak hantar mengasuh,

saya terima dan bersetuju pendapat isteri kalau itu kebaikan dan niatnya untuk jaga anak.

Saya sekarang sangat2 down apabila balik kerja makanan isteri tak disediakan, balik kerja kena uruskan anak dari segi buat susu dan juga tukar lampin.

Kalau isteri lapar dia minta saya keluar beli makanan di luar dan tak nak masak sedangkan saya dah beli barang dapur nak berjimat dan kalau sebulan tu 5 or 6 kali tak ape ni boleh kata separuh bulan memang kena beli luar..

Kadang2 kalau duit macam luar dari kira2 untuk pembelanjaan, saya sendiri kena masak untuk dia apabila saya tak nak beli di luar. Pasal baju pula saya yang basuh kerana itu saya mengaku salah diri sndiri kerana tak mampu nsk sediakn mesin basuh plus structure rumah sewa.

Tapi kenapa bila dah dibasuh tak boleh nak dilipat baju yang dah basuh sampai baju yang basuh dah jadi baju busuk.. Ada masa saya rajin saya yang lipatkan baju semua tu.

Saya hairan bila saya merugut dekat isteri katanya masa saya pergi keja dia penat melayan kerenah anak seharian sampai tak terbuat keja rumah,

kalau bergaduh pula dia ungkitkan saya ni tak mampu beri dia keselesaan dari segi rumah, kereta, pakaian, makeup, ubat2 kecantikan dan juga mkanan yang sedap2 dan brander.

Masalahnya kalau isteri saya merajuk atau marah dia akan mula promote diri dekat group janda duda terabai dan apabila ada lelaki yang chat dia akan layan bila kantoi dngan saya katanya itu hnya media sosi4l dan jngan risau tak akn jadi apa2 dan katanya

‘dia chat laki lain pun sebab dia nk hilangkan perasaan duka bergaduh dngan saya’. Saya rasa hancur hati ni, saya kuatkan diri kerana anak je.

Saya sini luahkan di krt harap bagi semangat kepada saya dan harap jngan ada kecaman sebab saya dah berumah tangga 5 tahun klau boleh nak selamatkan rumahtangga ini selagi boleh