Masalahnya abila kami lepas sudah bernikah dan saya tengah mengandong anak pertama rupanya mereka masih lagi berhubungan

Salam rakan semua. Saya seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang cahayamata. kisah bermula pada 2011. Sewaktu kami di alam pertunangan, suami saya ada skandel dengan budak ofis dia.

Bila mana saya dpt tau, memang mengamok habis la kan. then diorg putus. Masalahnya bila kami dah nikah saya tengah mengandong anak pertama rupanya mereka masih lg berhubungan sqmpai la saya melahirkan anak yang ke3 (2018),

satu per4ng besar mel£tup disebabkan terkantoi lg psl suami saya masih berhubungan dengan budak tersebut. suami tetap tidak mahu lepaskan saya. Katanya budak perempuan tersebut hanya untuk suka2.

suami dh berjanji alquran di dlm masjid, dimana dia tak kan berhubung lg dh dengan budak tersebut. tup2, baru2 nie kantoi lg sekali suami masih lg berhubungan dengan budak perempuan tersebut.

puas dh saya meminta untuk dilepaskan tetapi suami tidak mahu. Saya ingin memohon pandangat rakan2, bagaimana saya mahu lepaskan diri dari ikatan perkahwinan ini?segala nafkah cukup dia sediakan.

hidup saya terlalu penat dengan perangai suami jenis ni. tolong la rakan2..  (salam admin)mintak hide kan identiti saya ya..tq