Masalahnya baru2 ni ada seorang wanita menghubungi saya dan memberitahu bahawa kekasih saya itu adalah seorang k4ki perempuan

Saya wanita berumur pertengahan 40an yang duduk berjauan suami dan mempunyai 4 orang anak. Anak perempuan sulung saya berumur 17 tahun.

Kami berjumpa dalam sebulan sekali dan kami masih belum bercerai. Saya mempunyai tubuh badan yang ramping dan agak kelihatan muda dan bekerja pejabat di sebuah kilang di satu bandar kecil.

Kisahnya bulan lalu saya menjalinkankan hubungan cinta dengan lelaki bujang yang berusia 30an.

Masalahnya baru2 ni ada seorang wanita menghubungi saya dan memberitahu bahawa kekasih saya itu adalah seorang k4ki perempuan yang telah lama menjalin hubungan dengannya selama hampir dua tahun.

Kekasih saya ini tidak bekerja dan tidak dinafikan semasa keluar bersama saya yang menanggung segala perbelanjaan. Saya telah menjalinkan hubungan seperti suami isteri dengannya selama kami bercinta.

Wanita itu juga memberitahu saya bahawa hubungan mereka juga seperti suami isteri dan hampir setiap hari mereka bersama-sama kerana menetap di daerah yang sama dan kekasih menyatakan bahawa wanita itu adalah kawannya sahaja.

Kekasih saya hanya akan mengunjungi saya setiap hujung minggu atau bila-bila masa yang dirasakan sesuai kerana saya juga tidak mampu untuk berdating selalu harus menjaga anak-anak.

Kami akan melakukan hubungan di rumah saya apabila mendapat kesempatan.. Wanita tersebut seperti tidak puas hati dengan saya kerana telah menganggu hubungan mereka dan kerap mengganggu emosi saya.

Dia telah membuka berbagai cerita buruk kepada saya tentang kekasih. Dan kekasih mengakui semuanya dan meminta kami berbaik-baik dan berkawan.

Walaupun berbagai cerita buruk tentang kekasih namun saya tetap sayangkannya kerana dia muda dan bijak dan saya gembira bila bersamanya dan dapat memu5skan saya yang telah lama sepi.

Saya teringin nak kawin dengan dia tetapi saya masih belum bercerai dan ingin menuntut fasakh tetapi proses tersangat panjang.. Dan status saya yang masih isteri menghalang kebahagiaan saya.

Sekarang, kekasih berada di daerah sana dan saya pasti dia bersama wanita itu. Saya amat cemburu dan tidak tenteram.

Tapi saya pasti dia akan datang bertemu saya. Haruskah saya meneruskan hubungan ini? saya amat sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki lain.

Memikirkan segala kebu rukan yang diceritakan membuatkan saya terfikir untuk meningg4lkannya kerana saya juga ada anak d4ra yang cantik. Dan kekasih juga selalu memuji kecantikan anak d4r4 saya. 

Tetapi hubungan bersama yang berlaku membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk tidak meninggalkannya. Dan adakah wanita itu berhak ke atas kekasih saya? Adakah saya seorang per4mpas?

Dan jika berkahwin dengannya adakah kami akan mendapat anak yang normal kerana saya sudah berusia?.Mohon pandangan bukan kecaman daripada netizen.Terima kasih Min.