masalahnya aku penat nasihat isteri aku ni suruh dia jaga penampilan dirumah tapi bertahun2 dia tak berubah juga

salam admin , tolong hide fb aku , ni fb kawan aku. aku nak cakap sekarang ni, aku berbelah bahagi antara bini aku dan kekasih. aku kerja ok la, gaji pun dah 2k.

tapi aku punya bini ni tak berhias, aku bagi duit tiap2 bulan rm 500 untk dia berhias termasuk beli barang dapur dan keperluan lain.

tapi bini aku ni dah la duk rumah tak buat keje rumah , dengan kain baju tak berlipat, pingang mangkuk tak terbasuh, rumah dah tak macam rumah, urus diri pun tak, ape lagi anak2.

Aku cuba bertahan,
masalahnya aku penat nasihat isteri aku ni suruh dia jaga penampilan dirumah tapi bertahun2 dia tak berubah juga, apalagi kalau nak bersama, kadang2 aku balik pon dia tak masih b4u h4pak alasan sabun mandi habis,

yang aku bg rm 500 tu  tak cukup ke beli sabun? dari semalaman kau rase min?

Kisahnya aku ada kenal anak d4r4 yang baik dan berkerjaya semua dia dah ada tapi dia ni lain pada lain mula2 aku tak cakap yang aku dah kawin,

lama aku usaha nak dapat kan dia, akhirnya aku dapat jugak, dia ni da rajin, cantik semua laa , urus pakai minum aku, tak makeup pun cantik min,

Dia jaga diri dia luar dalam aku dah terlanjur dengan dia memang aku takkan lepas dia aku berhasrat nak kawin dengan dia dan cerai bini aku. Aku duduk serumah dengan dia,

dia layan aku macam raja. tapi dia dapat tahu aku tipu dia, aku dah kawin, dia mengamvk , dia nak tinggal kan aku min, dia ckap dia rasa bersalah dengan bini aku,

tapi dia tak boleh berpisah dengan aku, aku cakap la aku nak bercerai dengan bini aku. ye laa min kau rase bini aku tu , nauzubillah .

tapi kekasih aku tak bagi aku cerai kan , sebab dia ckap dia tau perasaan perempuan macam mane , tapi aku dah tak ade perasaan kat bini aku , dah bertahun min ,

aku buntu sekarang , kekasih aku ni dah tak macam dulu lepas dia tahu aku ni dah kawin , tak ceria macam dulu . aku tetap nak cerai kan bini aku , aku dah tak tahan .