Masalahhya saya kenal seseorang wanita yang baik di tempat kerja sampaikan kamipun terlanjur kerana dia perhatian pasal saya

Assalamualaikum min. Tolong hide profile saya. Saya seorang suami, isteri saya tua setahun dari saya. Perkawinan kami alhamdulilah sudah masuk hampir 3 tahun lebih. Kami dikurniakan anak 2 orang.

Cerita nya macam ini min, saya ini selalu rasa diri saya ini macam tidak dihargai. Selama perkawinan kami, saya tidak pernah pandang perempuan lain selain isteri saya.

Saya sayang keluarga kecil saya. Saya berusaha keras cari nafkah. Kerja sambil niaga online. Kalau balik kerja bantu isteri saya di rumah, sama2 buat kerja apa yang patut.

Bukan hendak tunjukkan diri ini baik sangat tapi itu lah hakikat nya. Kadang mengeluh juga lah. Balik sahaja dari kerja, sampai rumah kena buat kerja lagi tapi bila fikir2 kan balik.

Apa salahnya saling bantu membantu tapi isteri saya ini lain sikit. Semua hendak kena dengar cakapnya, apa yang saya cakap mesti dia bangk4ng, tinggi suara dengan saya, melawan cakap saya.

Dia macam tidak jaga langsung perasaan saya.Dulu pertama kahwin, selalu siapkan baju kerja saya, makan saya, selalu bercerita dengan sya. Kadang rindu juga lah mahu dia buat macam itu lagi. Sekarang saya rasa terabai.

Saya rasa macm diri ini tidak ada guna di mata nya, kecil hati saya. Kadang malas mahu cakap panjang, pendam2 sendiri sahaja. Dulu saya dekat juga dengan dia, manja2, sayang2 mesti dia suka. Sekarang macam rasa asing.

Saya rindu isteri saya yang dulu. Saya rindu sangat2. Mengapa dia tidak faham keadaan saya? Dengan situasi saya macam mana sekarang? Kerja keras untuk kami anak beranak. Kenapa dia tidak jaga perasaan saya sebagai seorang suami?

Sampai satu tahap jatuh air mata saya bila saya fikir2 semuanya.
Masalahhya saya kenal seseorang wanita yang baik di tempat kerja sampaikan kami terlanjur kerana dia perhatian pasal saya.

salah ke saya? Saya selalu berdoa semoga Allah rapatkanlah hubungan kami suami isteri, lembutkan hati isteri saya, sayangi saya macam mana saya menyayanginya.

Saya mahu dia tahu walau sudah banyak rintangan kehidupan yang kami lalui. Hati saya ini tetap menyayanginya tapi dalam masa yang sama ada insam lain di hati saya. Kalau isteri berterusan begini. Saya risau rasa cinta itu akan hilang. Wasalam.