Masalah yang aku hadapi kini adalah apabila baru2 ini isteri kepada bekas kekasihku ada menghubungiku walhal aku dan suami nya sudah 17 tahun tidak berhubung

Assalamualaikum min.. hide profile aku, aku hantarkan bagi pihak kawan aku yang tak ada social media. dia nak minta sedikit pandangan dan nasihat dari ahli-ahli group Kisah Rumah Tangga ni. Hai namaku Siti (bukan nama sebenar) macam ni. Aku dah berkahwin dengan suami 14 tahun. Dahulu aku mengaku aku jahil, sikap terbuka dan terlalu social. Kini alhamdulillah, aku berjaya menjadi isteri yang solehah menutup sempurna auratku dan menjadi ummi kepada 3 orang cahaya mata yang comel.

Masalah yang aku hadapi kini adalah apabila baru2 ini isteri kepada bekas kekasihku ada menghubungiku walhal aku dan suami nya sudah 17 tahun tidak berhubung dan berjumpa setelah kami putus hubungan. Mereka sudah 5 tahun berkahwin, tetapi menjadi masalahnya apabila isteri bekas kekasih ku ini mengungkit sejarah silam kami yang hitam.

Iya, aku mengaku dahulu semasa kami masih menjadi pasangan kekasih aku dan dia pernah terlanjur, tetapi ketika itu aku masih remaja terlalu inginkan kebebasan. Itu adalah kisah aku dahulu. Isteri bekas kekasih ku ini marahkan aku mengapa aku berjumpa dengan suaminya 19 tahun yang lalu (aku dan suaminya menjalinkan hubungan cinta monyet selama 2tahun).

Apa yang perlu aku jawab? Sehingga isterinya mahu mengugut aku untuk beritahu kejahilan lampau aku dan suaminya kepada suami ku. Allah. Dugaan apakah ini. Walhal selama 14 tahun kami mendirikan rumah tangga kami cukup bahagia dengan pegangan agama yang kuat. Cuma kesalahan lampau aku yang aku tidak dapat ubah.

Untuk pengetahun bekas kekasih aku dan isterinya masih belum lagi dikurniakan zuriat. Kini masalahnya, apa yang patut aku lakukan? Kerana suami ku bekerja secara atas talian, dan nombor talifon nya ada juga disimpan oleh isteri bekas kekasih aku ni. Mohon nasihat dan cadangan ahli2 Kisah Rumah Tangga sekalian.