Masalah bermula abila bapa mertua sakit dan meningg4l dunia suami saya berterusan temankan mak dia setiap malam

assalamualaikum warga krt. saya nak meluahkan sesuatu kat sini. dan nak minta pendapat. saya sudah berkahwin16 tahun dengan suami dan ada anak seorang. awal perkahwinan kami tinggal bersama keluarga belah suami dan akhirnya kami dapat buat rumah hasil titik peloh sendiri.

rumah kampung kecik2 ja. hasil berniaga online. masuk tahun ke lima saya tinggal berasingan dengan keluarga mertua.
Masalah bermula abila bapa mertua sakit dan meningg4l dunia suami saya berterusan temankan mak dia setiap malam.

tapi pagi2 dia balik mandi dirumah sebab rumah kami berjiran. saya tak kisah sebab itu ibu dia. Lepas saban minggu saban bulan suami dah tak balik langsung kerumah.. walaupon dekat. Dia bawak semua kain baju dia tinggal bersama mak dia sedangkan dia ada rumah sendiri dan ada isteri serta anak untuk diberi tanggungjawab.

saya makin terasa hati. kadang saya menangis sendirian. Saya sayang semua tapi ujian ni sangat berat bagi saya. saya terpaksa cari nafkah untuk diri saya sendiri dan anak saya. Suami dah mula abaikan tanggungjawab dia.

Saya tau suami saya sayang mak dia. saya tak pernah halang untuk dia jaga mak dia. tapi saban hari saban minggu saban bulan dia makin melupakan kami. mak mertua saya pon seolah2 tak bg dia bersama saya. Saya buntu min.

Dulu saya kerap p tidur umah mak mertua. tapi umah mak mertua tak ada bilik. tidur semua depan tv. termasuk anak saya. bila saya usul suruh buat bilik semua endah tak endah. mak mertua saya kawal suami. sampai makan tengahari pon tak bg suami balik makan kat rumah.

dulu saya faham mngkin nak teman sebab mak sunyi lepas kem4tian ayah mertua. tapi sekarang saya dah mula tak faham kenapa perlu buat mcmtu pada saya. sedangkan anak dia tu suami saya. bila saya usul pada suami.. dia buat tak endah
Suami kata itu ibu dia.

kalau ibu sekalipon takkan dia kena lupa tanggungjawab pada keluarga. saya buntu min. puas saya mengadu pada allah. tunjukkan jalan yg sebaiknya buat saya. kdg saya stress sbb semua kerja saya terpaksa hadap sendiri

Apa patut saya buat? report pejabat agama atau macamana? kalau saya report pasti akan berpanjangan… saya terpaksa keluar dari rumah ni. Allah.