Masa dalam pantang minggu pertama saya tak mampu nak buat kerja sebab terlalu lemah saya hanya mampu jaga baby saja

Assalamualaikum. Saya tinggal di rumah mil sekarang ada anak kecil baru 2 bulan (anak ke-2). Saya stress lah tinggal di rumah mil dah setahun tinggal sini.. Tak tahu nak cakap serba serbi saya tak seronok tinggal sini dengan kerenah mil, dengan suasana di rumah ni juga.

Mil pula dengan saya dan suami agak berkira.. Masa dalam pantang minggu pertama saya tak mampu nak buat kerja sebab terlalu lemah saya hanya mampu jaga baby saja. Suami membantu juga jaga anak sulung yang tengah lasak..tapi bab sediakan makanan berpantang untuk saya suami beli bahan untuk mil masak. Dapur saya asing dengan dapur mil.

Dia ok je boleh masakkan asalkan sediakan bahan2. Tapi kalau boleh semua nak kami sediakan. beras masak lebih untuk makan semua pun guna beras kami dia tak kongsi beras dia.. Even bawang pun nak guna yang kami..Tak nak berkongsi. minggu kedua berpantang suami dah habis cuti pergi kerja luar negeri. sekali pergi kerja tinggal saya dan anak2 dalam 2 minggu.

Saya yang masih berpantang masih lemah lagi terpaksa kuat buat kerja.. Jaga baby dan abangnya yang lasak lagi, buat kerja rumah. Cuma masak je mil yang masakkan. saya dengan nak fokus jaga baby tp mil langsung tak ambil tahu anak sulung saya dah makan ke belum. tolong2 sikit pun tak walau saya berpantang

Saya yang jaga anak2 terkejar buat kerja bg anak sulung makan pun sambil hayun buai.. Saya sendiri pun makan tak menentu. dah habis pantang takpelah saya rasa agak kuat dah saya dah tak bg mil masak.. macam biasa masa suami kerja mil tak hirau.. nampak saya masak sambil terpaksa dukung anak pun dia nampak pun tak rasa nak tolong pegang baby sekejap ke.

kadang saya terpaksa tinggalkan baby sekejap pergi tandas ke dengar2 baby menangis sampai tak keluar suara pun mil buat donno je. mil ni apa hal pun kalau ada duit je jalan. kami duk rumah dia pun suami yang bayar semua bil, bagi duit bulan2 lagi dekat mil. Apa2 dia minta suami saya belikan juga. beli untuk topup dapur saya, dapur mil lagi.

Macam mana nak berjimat dengan kami pun ada anak2 kecil. kadang hari minggu ipar balik saya terpaksa bertudung sepanjang masa. Dengan nak jaga baby lagi. sebelum ni saya dah beberapa kali suarakan kat suami kata nak tinggal asing menyewa rumah lain macam2 alasannya dia ok je duk rumah ni sebab dia membesar pun di rumah ni.

Saya terus bersuara ajak pindah alhamdulillah kali ni dia ok sampai saya pun hairan juga mudah pula dia setuju nak duk asing. Sekarang kami dah booking tggu nak pindah bulan depan.