Mark Adam beri kejutan untuk ibu, ‘terbangkan’ TV ke kampung halaman

Walaupun mencipta nama sebagai artis dalam industri hiburan tempatan, penyanyi dan pelakon Mark Adam tidak lupa asal usal dan sering menziarahi ibu serta ahli keluarganya di Filipina.

Terbaru, Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah melakukan kejutan apabila menghadiahkan sebuah televisyen jenis Samsung kepada ibunya Florenda Macaraig Echivarre.

Lebih terharu apabila televisyen tersebut ‘diangkut’ dengan menggunakan penerbangan tambang murah, AirAsia sehingga selamat sampai ke kampung halaman.

Setibanya di rumah, video berdurasi seminit itu memaparkan mereka sekeluarga sedang membuka balutan hadiah berkenaan dan Florenda terus menciuum pipi Mark serta isterinya Ezan.

Tindakan penyanyi lagu Pencurri itu menerima pelbagai pujian ramai yang rata-rata tersentuh hati melihat kasih sayang keluarga berkenaan.

Indah tengok senyuman orang yang kita sayang

Sumber : Mark Adam via CelotehSaje