Lepas kahwin walaupun dia tahu hati aku sayang orang lain iaitu ex aku tapi dia tak pernah marah atau paksa aku untuk sayang dia.

Pernah tak kau kawin dengan orang yang kau tak kenal (stranger) atau kawin dengan orang yang kau tak pernah bercinta pon ?  “Allah will never take anything away from you without the intention of replacing it with something better.” Hebat perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah.

Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku yang aku akan bercerai pada usia 21 tahun sebab aku imagine perkahwinan aku sampai jannah.Dan tak pernah terlintas difikiran aku yang aku akan berkahwin kali kedua selepas tamat eddah perceraian sebab tak ada laki lain dalam hati aku slain ex aku.

Sekuat mana pon aku menidak jodoh ketentuan Allah, akhirnya stranger tetap jadi suami aku. Itu qada dan qadar yang aku tak boleh terima walaupun aku tahu pilihan Allah  yang terbaik untuk kita walaupun bukan dia yang aku mintak.

Aku tak kenal si stranger langsung tapi dia stranger yang tolong bayarkan dulu towing waktu kereta aku rosak. Aku duduk kat tengah jalan sorang2 pukul 2 pagi, dah takde suami untuk tolong (dah bercerai) , dengan aku tak kenal sesiapa kat KL, dompet aku hilang,  family semua tak angkat call sebab dah tido.

Serabut weh nangis sorang2. Stranger tu yang call towing dan tolong uruskan semua nya siap tolong bayarkan dahulu dan waktu tu la tukar no telefon supaya aku boleh bayar balik duit dia.

Aku pernah tercakap kat status whatsapp yang aku jelous bila kawan aku dapat surprise bouquet sebab aku tak pernah dapat dari orang yang “aku sayang” dan lepastu setiap bulan dia bagi aku surprise bouquet.

Ye setiap bulan weh sampai aku terpaksa ugvt akan block dia kalau dia bagi surprise lagi. Yang b0dohnya setiap kali terima surprise aku berharap surprise tu dari “ex aku” bukannya dari dia. Dia bru jumpa aku sekali tapi dia terus datang Seremban jumpa mama untuk meminang aku.

Gila kan dia? Tak kenal tapi datang meminang ? Mama tolak pinangan dia tapi dia datang lagi meminang bulan seterusnya, pinang kali kedua ketiga keempat sampai mama aku suka dia sebab dia tak putus asa langsung.

Adik adik aku, kawan kawan aku, pekerja aku semua suka sikap dia, suka borak ngan dia sampai depa lagi selesa share story dengan dia dari aku. Semua orang nampak effort dia dan semua cakap aku bodoh kalau tak terima dia. Tapi still aku tak boleh terima dia sebagai suami.

Perkahwinan ialah sesuatu yang kau happy nak cerita  pada semua orang tapi dengan hati aku yang broken aku mintak untuk TAKNAK bersanding dan TAKNAK beritahu sesiapa pon kewujudan suami baru aku walaupun aku tahu suami aku teringin nak buat majlis sanding sebab ini perkahwinan pertama dia dan dia ikut je permintaan aku.

Dia diam je bila aku tak mengaku kat mana mana socmed yang aku ada suami baru. Selfish kan aku? Lepas kahwin walaupun dia tahu hati aku sayang orang lain tapi dia tak pernah marah atau paksa aku untuk sayang dia. Dia lah pendengar setia bila aku selalu cerita tentang lelaki lain.

Tak semua suami nak dengar cerita ex dulu atau dibanding dengan ex dulu tapi dia sanggup tunggu berapa lama pon untuk aku sayangkan dia but still aku tak peduli pon perasaan dia.

Lepas kahwin aku jatuh kegvguran sebab kerja dan maybe aku takkan dapat mengandung lagi and dia cakap yang dia kahwin ngan  aku bukan sebab nak anak. Dia tak pedulik kalau kami tak ada anak langsung asalkan aku tetap isteri dia sampai bila2.

Beratus kali aku suruh dia kahwin lain tapi dia taknak. Mak mertua pon marah aku mintak bukan2 sebab dia kata anak tu rezeki tak terduga. Tak bagi pon rezeki, bagi pon rezeki. Jangan rosakkan rumahtangga disebabkan hal anak. But still, aku tak nampak semua tu.

Lepas kahwin, semua kerja rumah kebanyakkannya dia yang buat. Dia yang selalu masak, basuh baju, ampai baju, kemas rumah semua dia yang buat. Dia tak bagi aku buat kerja rumah sebab nak aku rasa selesa duduk kat perak ni dan taknak aku rasa diri aku bibik dalam rumah ni tapi still aku tak nampak semua tu.

Lepas kahwin, aku kena buatan orang. Aku nampak macam2 bayang dalam rumah, aku selalu terjerit sorang2, mimpi bukan2, aku jadi pemarah asyik lari rumah, aku bukan diri aku yang dulu. Dia yang uruskan segalanya, bawak aku berubat, bawak aku pindah perak, ambik semua tugas aku tanggung family aku,

bagi aku rasa jadi full time house wife cuti kerja berbulan2 yang selama ni aku tak pernah rasa sebab aku jenis workaholic. Dia yang jaga aku sakit sampai aku sihat tapi aku still tak nampak effort dia.

Lepas kahwin, dia dan mak mertua aku yang banyak tolong aku capai cita cita aku. Aku nak meniaga. Walaupun dia penat balik kerja pagi sampai malam, dia yang bantu aku uruskan macam2 dalam business aku, dia yang tolong potong ayam, dia tlong uruskan pekerja,

dia tolong aku meniaga sama sama. Mak mertua siap tolong aku cucuk satay sekali. Dia orang tolong semata mata nak sokong minat aku dan depa taknak ambik sesen pon hasil perniagaan aku tapi aku still tak nampak semua tu.

Dia sayang keluarga aku macam keluarga dia sendiri. Dia selalu ambik berat tentang mama, selalu ambik tahu keperluan adik adik lebih dari aku. Aku anak sulung dari 10 orang adik bradik.

Mama ngan ayah dah bercerai 8 tahun dan ayah tak peduli pon nafkah kami smua lepas bercerai. Bila aku kawin ngn dia, Alhamdulillah adik adik aku nak kahwin dia tolong uruskan.

Adk aku nak kerja, dia tlong carikan, yang takde motor nak gi kerja dia belikan. Yang sekolah dia support bayar smua. Adik aku rasa macam ada ayah bila dia masuk dalam keluarga aku.

Ayah aku tak datang majlis nikah walikan aku sampai semua tetamu balik hari akad nikah, imam suruh cancel majlis. Aku malu sangat ngan imam, sedara mara, semua tetamu, kawan2 dan keluarga mertua tapi dia tak marah pon even lepastu tiap bulan dia tolong ayah,

bagi ayah duit, tolong business ayah padahal aku yang anak sendiri ni masih tak boleh terima ayah sepenuhnya. Finally aku kahwin jugak malam tu lepas imam sendiri senyap2 cari ayah kat kedai tomyam, mintak ayah wakilkan wali pada imam tu.

Dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia pada aku walaupun dia busy jaga abah dia sakit sampai arwah abah dia meninggal. Ye dia yang uruskan abah kat hospital dan kat rumah tanpa mengeluh penat walaupun aku selalu tengok dia tak tido berhari hari sebab terpaksa kerja lagi,

tolong mak dia lagi dan jaga abah sakit. Dia hanya boleh kerja 10 ke 15 hari je sebulan. Selain tu dia cuti untuk jaga arwah abah dia masuk hospital. But still, aku tak nampak semua tu.

Dan aku tahu selama ni orang bercakap :
NO 1 – ” bru habis eddah dah kahwin baru, ntah2 laki tu punca bercerai” NO AKU TAK BERCERAI SEBAB ADA LAKI LAIN
NO 2 – “tak mampu la tu sampai tak buat majlis” NO SEBAB AKU YANG TAKNAK BUAT MAJLIS EVEN FAMILY MERTUA NAK BUAT MAJLIS sebab aku nak elak NO 1

Mama dan family aku tahu aku depression lepas bercerai so dia orang selalu ingatkan aku untuk sabar dan terima suami baru aku seadanya. Family aku selalu pesan jangan sebab aku marah pada “ex”  sampai aku lepaskan marah tu pada suami baru.

Walau seteruk mana pon aku uji dia, layan dia teruk sangat, sumpah dia sabar sangat dengan aku. Tak pernah sekali pon marah atau tinggikan suara apatah lagi naik tangan. Dia sentiasa akan minta maaf walaupun bukan salah dia (tujuannya aku buat macam tu sebab nak tengok sejauh mana baran dia tapi 2 tahun ni aku tak berjaya buat dia marah atau gaduh ngan aku)

Sayangnya, aku tak nampak semua pengorbanan dan effort dia sampai mama aku marah aku waktu PKP haritu. Mama kata semua kesalahan “ex” aku dulu tak ada pada suami baru aku. Jadi kenapa aku tak boleh belajar bersyukur ?

Sekarang Alhamdulillah aku bersyukur dengan suami yang aku ada sekarang. Betul la jodoh tu ketentuan Allah. Jangan samakan kau kahwin dengan suami yang kau bercinta dengan suami stranger yang kau baru nak kenal dalam keadaan kau tengah frust dengan lelaki. L

LELAKI BAIK TU WUJUD tapi sometimes ia bukan datang dari lelaki yang ada rupa. Even aku pon mula2 tengok muka suami baru, aku cakap muka dia rupa gengster kaki pvkul.

LELAKI TU TAK SEMUA SAMA , kau kena bagi peluang untuk kenal seseorang sebelum menilai yang lelaki tu sama je. DUIT BUKAN SEGALANYA untuk perempuan, tapi USAHA tu penting. Suami aku menganggur waktu aku kenal dia dulu tapi dia ada usaha untuk dapatkan aku.

Dia berhenti kerja 2 tahun jaga abah dia sakit. Lepas arwah abah meninggal (beberapa bulan lepas aku kahwin) baru dia kerja full time. So jangan judge aku kahwin dengan dia sebab duit. Aku perempuan yang bekerja and aku mampu hidup tanpa duit laki.

Selama 2 tahun aku kahwin ngan suami baru, aku tak pernah hargai pengorbanan suami baru aku. Aku sentiasa buat suami baru kecik hati dan aku tak pernah mengaku dia suami.

Aku tak pernah nampak semua yang dia buat untuk aku selama ni walaupun dia dan family mertua layan aku baik sangat. Sangat sangat berbeza dengan “ex” family mertua aku dulu.

Harini ulangtahun perkahwinan yang ke 2 tahun. Aku tak sangka dia sanggup sabar lalui semua dugaan dengan aku sampai dua tahun. padahal dengan “ex” dulu aku bercinta bertahun tahun pon perkahwinan aku sekejap je.

Terima kasih terima saya seadanya. Terima kasih bawak saya honeymoon setiap bulan sepanjang kita berkahwin untuk hilangkan depression saya. Terima kasih atas semua effort abg selama ni untuk saya.

Terima kasih sebab tak putus asa untuk jadi suami yang terbaik even saya rasa saya tak layak to have you in my life. Saya menyesal sangat dan saya janji saya akan balas balik semua kebaikkan abg. He is a top fans of KRT so I know you read this.

Alhamdulillah Allah bagi aku peluang kedua untuk bahagia dengan perkahwinan kedua. Terima kasih KRT Fans sebab bukak mata aku yang ramai perempuan kat sana tak bertuah macam aku. Semoga kita semua diberi hikmah atas setiap kesabaran kita dalam tempuhi alam perkahwinan.