Lelaki ni memang rakan kerja saya dia pun dah kawin tapi tak ade anak katanya sudah berbrapa kali nak bercerai dan segala masalah die pun die ceritakan pada saya

Salam. Tolong hide identity cz guna acc kwan lama. Cerita saya begini. Saya merupakan seorang isteri yang pjj dengan suami dimana anak2 saya tinggal dengan saya. Anak2 saya kecil2 lagi. Saya dpat kerja tetap di selatan.Maka bermulalah kehidupan saya seorang diri disini dengan anak2. Oh ya, suami saya bekerja di Kl. Pahit getir susah senang saya tiada sapa yg tau.

Hampir tiap hari saya menangis seorang diri dengan anak2 yang tgh mmbesar dan lasak. Suami?Tak pernah ambil tau, dia sibuk menjalani kehidupan bujang dia disana. khabar baikkah saya, dah makan ke, sekali pun tak pernah. Hari2 saya melayan anak2 yang seorang kuat tantrum, seorang lagi yg masih bayi. Rutin bangun pagi2 masak bubur anak, usung anak2 kerumah pengasuh (sementara nak sampai berbagai karenah dan ragam), tak termasuk lg dgn sementara nak bersiap tuu berperang.

Waktu kerja jelah waktu tenang saya. Tepat masanya saya akan ambil anak2, melayan perangai anak2 yg kuat mengamuk, lasak. Sampai saya selalu pkul anak 1st, sebab saya stress sangat. Makan saya ntah kemana, nak basuh baju, lipat baju, kemas baju, cuci pinggan, iron baju, even nak mandi or terkencing pn saya terpaksa curi2 masa. belum lagi saya nak buat benda lain. saya klau kat rumah nak rehat seminit pn tak blh.

Sampaikan saya gastrik. Pampers, susu anak, brg2 rumah semua saya uruskan sndiri. Usung sendiri,, lepstu berkejar sebab tkot ambil anak lambat. Tdur? Pkul 1am tu dah biasa. Pkul 6am dah bgn utk sediakan bekalan anak2. kecilkan masalah saya? Suami saya, sikit pun tak pernah tanya saya ok ke. Langsung tak. Kalau saya telefon mst tgh sbuk dgn dunia dia. Saya stress sorang2.

Ditempat kerja saya, ada seorang lelaki yang selalu tolong saya ajar kerja2 semua sebab saya baru lagi tapi saya tak prnah cerita psal hal kami suami isteri. Lama2 saya dpat rasakan yg dia lain. And yes. dia bgthu dia sukakan saya dr mula saya disitu. walaupun dia tahu saya dh khwin dengan ada anak dan dia tau juga saya pjj dia juga pjj. setiap hari dia akan ambil berat, tanya mkn mnum, tanya khabar, tanya itu ini, soaln yg sptotnya ditanya oleh suami saya. saya pn manusia, saya pn rapuh. hati dh mula mbanding.

Lelaki ni memang rakan kerja saya dia pun dah kawin tapi tak ade anak katanya sudah berbrapa kali nak bercerai dan segala masalah die pun die ceritakan pada saya. Saya cuba mengelak. banyak kali tapi tak berjaya. kami 1 tempat krja. meja kami hanya selang 2. dan kerja kami relate. Banyak masa yang memerlukan kami saling bercontact. Ye tepuk sebelah tgn takkan berbunyi. Tapi saya cuma manusia biasa.

Jjur,sjk adanya dia saya rse sdikit sbyk buat saya bhgia. bila saya lari, dia akan tetap mencari saya. dia akan merayu, menangis supya tak ignore dia. saya tetap salahkan kerja yg menyebabkan kami lbh rapat. selfishkah saya  Saya tak minta dikecam. saya nak minta pendapat, bagaimana saya nak cegah sebelum kami lg jauh? kami kerja sama dan tetap. dan tak mgkin saya berhenti atau tukar dlm masa tdkat sbb memang tak blh. Tolong saya.