Koleksi Gaya Comel & Cantik Nora Danish Sepanjang MLS

Kehadiran juri tetap Muzikal Lawak Superstar (MLS) Nora Danish seringkali mendapat perhatian peminat.

Lebih-lebih lagi apabila Nora tampil yang tampil pada setiap minggu cukup sporting mengenakan fesyen mengikut tema yang diberikan MLS.

Malah setiap kali Nora memuat naik foto-foto yang merakamkan gayanya di MLS, pasti mendapat pujian daripada peminatnya.

Rata-ratanya memuji kecantiikan dan kecomelan pelakon itu selain meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gaya Nora di MLS peringkat akhir yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.

“Minggu depan pakai Bollywood… Mesti cantiik giIa,” komen @azlinazan

“Comelnya kak Nora tak ada siapa boleh lawan comel kak Nora dari dulu sampai sekang,” puji @miaaravains

Di sini kami kongsikan fesyen terbaik Nora sepanjang MLS berlangsung.

MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Sumber : Astrogmpak