Kisahnya seminggu sebelum saya cuci kandungan saya terima whatapps dari seseorang sekerja suami bagi tau dia dan suami terlanjur

Assallammualaikum. Warga KRT. Admin tlg hide fb saya ya. Harini genap 8 hari saya berpantang slps menjalani (cuci) kandungan 10 minggu. Kisahnya seminggu sebelum saya cuci kandungan saya terima whatapps dari rakan sekerja suami bagi tau dia dan suami terlanjur dan dia minta suami bertanggungjawab dan nak mintk izin poligami.

Bayangkanla saya tengah alahan teruk dah sebulan lebih tergolek emosi pun tak stabil dan morning sickness lagi. bila dapat berita ni rasa nak tercabut ny4wa tak tau macam mane saya nak bagitau rase tu. marah, kecewa, sedih,  emosi tak terkawal rasa mengigil. Jantung saya ni  rasa dah tak kuat. sesak nafas.

Keesokan harinya saya tumpah darah. dan hari ketiga semasa saya tido tiba2 saya mengigil sampi kancing gigi. padahal cuaca panas dan  saya berpeluh. saya ada mengadu pada suami tapu disebabkan masa tu kami masing2 emosi. suami nak handle marah saya..

Desakan pihak ketiga yang mengvgvtnye nak libatkan mertua saya. Jadi  suami tak ambil serious.. dia buat endah takendah jer. mungkin dia rsa normal atau otak celaru taktau nak pikir mana dulu. Jadi saya call lawyer saya dan submit semua doc untuk fail penceraian dan pergi ke balai buat report gangguan org ketiga.

3 hari selepas tu. saya pergi ke klinik periksa kandungan bila doktor scan tak dapt kesan heartbeat.. minta saya dtg 2 minggu lg unt double check… Dlm keaadaan saya macam ni perempuan tu masih lagi Menghubungi suami tanpa rasa bersalah.

Seolah2 dia isteri kedua suami.. hantar teks. Apa2 terjadi dia sanggup bersama suami sebab terlalu cinta. masih lg meluahkan rasa cinta dan minta perhatian suami. Seolah2 takde maruah perempuan tu pergi jg kebalai buat cover.

yang dia tidak bersalah dan saya menuduh dia penyebab saya tumpah darah. Ketelanjuran antara dia dan suami atas dasar cinta dan suka sama suka..  dlm masa menunggu 2 minggu followup… Saya decide untuk terus kepakar wanita dan bersalin.

doktor mengesahkan saya keguguran.. j4nin masih cantik didalam kantung tp semua saluran darah ke kantung dah stop lebih kurang seminggu… Jd doktor suruh saya decide sama ada tggu j4nin keluar.. Kalau nature kebarangkalian tumpah darah teruk.. jd kami terus buat keputusan cuci keesokknnya.

Untuk makluman saya dan suami berkahwin hampir 15 thn mempunyai sepasang cahaya mata 13 dan12 thn… Umur saya dah suami sebaya.. dan perempuan tu berumur 31thn bujang.. br sahaja berkenalan dengan suami ditempat kerja 8bln sebab suami br transfer ke tmpt kerja br 8 bulan..

setelah berkhidmat ditempat lama 14 tahun… Pej agama tutup.. kes saya dan suami tergantung.. apa pendapat kalian tindakan yang harus saya buat ats pihak ketiga ni dan suami saya.

Saya tawar hati dengan suami sebab berz!na dan benci bila suami keluar bekerja sebab perempuan tu ditempat kerja. Pihak ketiga masih tidak berputus asa. Maaf andai terlalu panjang dan tonggang terbalik penulisan saya. Harap warga KRT boleh memahaminya..