Kisahnya sekarang saya berpantang di rumah mertua kerana mak saya sendiri sudah terlalu uzur

Salam. Mohon siarkan cerita saya dan saya sgt perlukan pendapat dan sokongan dari mereka yang lebih bpengalaman. Saya baru berkahwin setahun dn skrg dh dkurniakn chaya mata. Syukur sekarang masih dalam pantang.

Kisahnya sekarang saya berpantang di rumah mertua kerana mak saya sendiri sudah terlalu uzur. Sayaa dijaga makan mnum pakai dengan baik. Cuma skrg saya agak tertekan bab penyusuan.

Saya selalu cuba menyusu anak sendri tapi mertua selalu akan beri susu formula pda anak. Bila saya selalu dgn anak atau saya tidurkan anak msti dia akan datang pggil dn kejutkan anak smpai anak nangis dia akn ambil untuk dodoikan kmudian baru bgi pd saya..

mulanya saya anggap mertua nak bantu saya supaya tk penat mnyusu, tp bila mkin hari saya makin terasa usaha saya untuk susukan anak sndri dikotak katikkan..

bila mak saya dtg ziarah cucu, mak saya nak pegang pn mertua seakn-akan tk bagi. Merengek sikit si anak terus diambilnya dodoi. Berkali2 mak saya hanya lihat cucu dari jauh. Saya fhm mgkin sbb ni cucu prtama mertua sayangkan sgt cucunya..

tp adilkah hak saya. Saya berhasrat nk balik rumah mak untuk sambung pantang. Dn nak bekerja dan hntar anak pada pgasuh kelak. Tapi mertua kerap m0m0k kan sayaa tentg kisah ramai bayi m4ti di tangan pengasuh,

kes2 dera dan menakutkan saya untuk hantar anak pada pgasuh sebaliknya beliau sndri nak jaga cucunya. Kadang bila nampak saya stress, suami akan bawa keluar ambik angin duduk dlm kereta shj.

Kerap kali saya keluar msti dia tak bagi bawa anak skli, dia suruh tinggal katanya ksian anak tidur. Biar ja dia duduk tidur di rumah. Boleh dikatakn byk yang mertua shj atur dr byk segi.. makin lama saya makan hati..

Normalkah mertua atau mak layankan cucu mereka begitu? Dn adilkah untuk saya? Mgkin saya yang terlalu ikut perasaan atau angin meroy4n? Saya buntu harus mengadu dan bercerita pd siapa.. mohon pandangan baik kwn2 hrp dpt membantu. Terima kasih assalamualakm