Kisahnya saya tengah mengandung suami terlanjur dengan sepupunya dirumah kami dan ketika itu saya dan anak2 tdo di rumah mertua

Assalamualaikum mohon admin rahsiakan identiti saya ya…terima kasih kerana sudi kongsikan luahan saya…

Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi kisah hidup saya sejak perkahwinan kedua saya.. sebelum ni saya berstatus Ibu tunggal dan mempunyai anak lelaki 2 org..

anggap shj jodoh pertama tak berpanjangan kemudian selepas 3thn saya menjadi Ibu tunggal saya bertemu jodoh dgn suami kedua saya…dia belum pernah berkahwin sebelum ni dan amat menyayangi anak2 saya seperti anaknya sendri..

kemudiannya kami dikurniakan seorang cahaya mata dengan perkahwinan ke 2 ni…yg menjadi mslhnya selepas kahwin satu demi satu rahsianya terkantoi..

yerla kan pepatah org menyatakan mak bapak sendri tak kenal sikap anaknya melainkan isteri yg hari2 hadap suaminya yg kenal siapa suaminya sebenar.

Kisahnya saya tengah mengandung suami terlanjur dengan sepupunya dirumah kami dan ketika itu saya dan anak2 tdo di rumah mertua. ok itu satu hal…tp tak de pengakuan sehinggalah anak saya berumur 1thn lebih terkantoi lagi chat luc4h di what’s up sehinggalah saya bertindak menceritakan hal ini kepada keluarga mertua..

ya mesti la keluarga mertua tak mempercayainya sehinggalah saya tunjuk segala bukti semua tu….perempuan itu (yg jugak sepupu suami saya sendri) berstatus isteri org langsung tak dak perasaan malu dan mohon maaf kepada saya atau keluarga mertua.

selepas kejadian itu memng suami saya tidak pernah berhubung lagi dgn dia setelah 4 thn yg lalu dan yg paling saya tak boleh terima baru2 ni pompuan tu kembali munculkan diri tapi msa tu memng Allah nk tunjuk kat saya depan mata pompuan tu mai di tempat kami cari rezeki..

andai tujuan dia datang utk membeli dia tak kan kol suami saya dia tentu akan trus walkin jer buat order tp utk apa dia kol suami saya? memng tak dpt kawal emosi saya setelah 4thn saya bersabar saya s£r4ng pompuan itu memng mkn pen4mpr la kan sbbnya awk tu isteri org dh ada suami utk apa cari suami aku lagi.

Untuk pengetahuan semua dia dh sihirkan kami suami isteri sehinggakan dh 3 thn suami tak pernah sentuh saya. saya ni langsung tak dilayan…hidup saya terlalu menderita tp saya truskan hubungan kami kerana anak..

saya bersabar dan trus bersabar…tp dgn kehadiran pompuan itu membuatkan hidup kami kembali kucar kacir…bergaduh dan hampir bercerai.. sehingga saat ini saya tak tahu apa mslh sebenarnya suami saya sebabnya dia ni ckup susah utk berbincang isu hal rumahtangga terutama isu nafkah zahir batin..

Boleh saya mohon pendapat rakan2 krt bagaimna dan apakah perlu saya lakukan sekarang dan apakah tindakan yg betul utk kehidupan saya….saya akui saya sayangkan suami saya…sayangkn rumahtangga kami…dan saya juga tak sanggup utk berpisah…mohon pendapat yg positive ya…