Kisahnya saya kenal dengan seorang laki ni mula2 dia kata dia single rupa2nya saya dapat message dari bini dia kata tu laki dia

Salam admin. Tolong hide profile saya ye. Saya macam buntu. Harap boleh la siapa2 tolong bagitau apa patut buat. Saya cerita sikit tentang saya, saya ni dulu sangat2 liar (allahu) saya ada anak 1, selepas saya bercerai jadi tambah2 liar, tapi seliar2 saya, saya tak kan nak laki orang.

ada sugar daddy dulu pon saya m4ki balik suruh pi jaga anak bini. saya tak pernah buat hubungan seksu4l dengan mana2 laki orang even sug4r daddy.

Kisahnya saya kenal dengan seorang laki ni mula2 dia kata dia single rupa2nya saya dapat message dari bini dia kata tu laki dia. TAKtau mana dia dapat no fon saya. Masa tu saya masih liar, mabuk hari2, masa mabuk, tak ingat apa, dok message ke laki orang ni..

laki orang ni pulak katanya mmg ada masalah dgn bini. Sampai la bini bawak ke mahkahmah. Saya message ke bini dia ckp tolong jangan cerai, ingat anak, saya taktau laki orang, saya pon berkali2 minta maaf,

nak ajak jumpa, si bini taknak. bini kata memang dah lama nak cerai, ni point terbaik untuk dia teruskan dan akhirnya mereka bercerai selepas 10 tahun kawin dan ada anak 1. Si laki ni, masih lekat dengan saya.

Sebab saya ni baik kot. Cepat kesian kan orang. masa diorg dah cerai pon saya message bini dia minta maaf. tak di layan kannya.

Nak di jadikan cerita, disebabkan saya ni liar masa tu ditangkap polis kes dadah tapi laki ni kata takpe biar dia masuk dalam, taknak rosakkan hidup saya ke dalam. tapi disebabkan kesalahan pertama dia, hanya masuk lokap dan denda RM3k, tapi dia ada record jenayah, saya tak ada.

Jadi timbulnya rasa bersalah.. dah la ceraikan orang, masukkan dalam lokap pulak. jadi saya pon janji dengan diri saya, saya taknak sia2 kan pengorbanan orang terhadap saya. Fast forward, dah 3 tahun kami bersama. sekarang baru tau kenapa bini dia nak ceraikan dia.

kami selalu gaduh sebab saya ni pembersih, dia tak. saya OCD, dia jenis sepah, saya dari keluarga senang membesar di bandar, dia pulak keluarga kampung, socmed saya memang penuh laki message tapi saya tak layan,

saya anggap tu fans dan hanya berkawan di social media tapi dia ni jenis jeles kuat. Dia ni suka tengok perempuan s£ksy (mcm saya), tapi bila dia cerai, dia tak suka saya s£xy. Hm.  Dia kata nak kawin, tapi kerja takde, sampai saya nak kerja pon dia jeles sebab dia kata bekas bini dia dulu ada sc4ndal tempat kerja, so saya berenti kerja,

buka business tepi jalan. Sebab taknak dia hilang kepercayaan. Saya tak kisah, saya okay downgrade sikit, takpe. duit boleh cari, rezeki allah tu luas… saya percaya berniaga pon boleh hidup senang.

Masalahnya. Dalam masa 3 tahun kami bersama, macam2 business kami buat, ada je tak kena and gaduh. Dia kata sebab kan saya, dia sumpah2 business saya bagi tak laku. Dari jual nasi lemak tepi jalan sampai buka kedai tomyam, habis semua lingkup.

Saya percaya tu dia yang buat sebab dia ada kata “dia sentuh sikit je kat business saya, confirm lingkup”… memang lingkup. Sekarang ni, dia buat business dia, saya buat business saya…

dia kata janji depan mata, sebab dia taknak jadi mcm bekas bini dia ada scandal² tambah² saya ni mmg 90% kawan laki, 10% je perempuan…saya kata takpe, janji saya tau saya tak buat salah… buat apa nak takut…

Tapi, saya dah nak masuk 33 tahun, saya nak kawin, saya taknak buat dosa dah, saya pon dah stop gi club, minum, pakai s£kxy, smoke, dah takde dah. dah bertudung, masih vape, solat ada tapi tak lengkap,

ada perubahan dari dulu. sampai saya dah tak de kawan sebab 90% kawan laki, tinggal tak sampai 10 orang yg saya masih berkawan. kawan perempuan pon ada la taksampai 10 juga. Masalahanya skrg ni, dia sikit2 nak stop buat business sebab dia kata penat la, semak la, apa la

. Mcm² alasan. Tapi dia masih teruskan walaupun merungut.. dia kata nak suruh family dia dtg jumpa family saya lepas raya untuk kawin..
Tapi risau. betul ke pilihan ni?dia pantang ditegur.

Saya pulak, walaupun dah tak liar, mulut saya cakap lepas. Jerit2 kalau marah. dia takpernah pkul, tapi dia pernah 3 kali vgvt nak ceder4kan saya (dengan gunting 1 kali ).. Jadinya, saya terfikir, betulkah pilihan saya?

Boleh ke dia bayar semua keperluan saya dan anak? Rumah, bill semua? Dan mcm mana nanti kalau dia apa² kan anak saya? Atau saya? Buntu? Yes. Nak tinggalkan? Dah byk kali, tapi dia cakap dia dah sumpah m4ti, kalau kami berpisah, salah sorang akan m4ti.

Sayang? Masih banyak. Risau? Semestinya. Tapi, saya nak kawin taknak buat dosa dah. kami tinggal bersama sebab masing2 nak sewa tak cukup duit, jadi kami share. Anak saya, duduk dgn mak.

Tapi saya cukup kan keperluan anak saya secukup²nya. Saya dari 70kg turun 20kg sebab saving bagi duit kat anak saya… skrg makin cantik. tapi saya nak cantik dimata Allah. Tu sebab nak kawin.

tapi dgn dia ni boleh ke? Tapi dia rajin masak. Saya kemas2 rumah.. Apa patut saya buat. Saya nak solat istikarah tapi saya masih tak hafal surah2 (masih belajar).

Nota tambahan:dia pon dah banyak sangat berubah kearah kebaikan. Nak kawin cepat2.  tak cukup duit. Nak kumpul, mungkin lg 10 tahun baru cukup. Hm… pls tlg