Kisahnya masa hari suamiku balik wajah nya nampak tak berseri dan seakan wajah seorang pendosa

Assalamualaikum admin. Saya mohon share kisah saya. Mungkin ada di luar sana yang boleh bantu nasihat saya untuk jadi lebih kuat. Terima kasih daun keladi.

Kisahku seorang doktor yang berkahwin dengan engineer penganggvr terhormat. Dari awal perkahwinan rupanya suamiku kerja tak tetap tapi tak pernah berterus terang sebelum berkahwin. Paling lama menganggvr setahun.

Takpa ku hadap. Bayar rumah bangloku sendiri dan menanggung expenses aku dan suamiku. Keretanya gah buatan german. Bila dpt offer kerja gaji tak sampai separuh dariku selepas setahun menganggvr, bermula lah kecurangan suamiku.

Suamiku bangga menunjuk ke perempuan2 kereta mewah dan rumah besar yang sebenarnya titik peluh isteri yang berkorb4n demi membahagiakan suami.

Suatu hari suami suarakan hasrat perlu ke kursus di Pasir Gudang 2 hari. Hatiku tak sedap tp demi Allah kerana aku percaya dia 100% aku izinkan tanpa byk soal. Ku minta ingin ikut bersama, di halang katanya penempatan hostel lelaki.

Dua malam dia di sana, tidur malam aku tak lena, termimpi2 suamiku cur4ng. Anak merengek melalak lain mcm tak seperti mlm selalunya. Sebut2 mama. Mungkin dia tau papa nya sedang enak dibuai dos4 cinta n4fsu dan sy4it4n..

Tak pernah anakku panggil papanya sejak mula pandai bercakap. Mungkin dia tau dia mmg takkan sempat kenal papanya sebelum umur mumayyiz.

Kisahnya masa hari suamiku balik wajah nya nampak tak berseri dan seakan wajah seorang pendosa . Mengelak dariku. Rampas fon dariku. Tapi sempat aku ambil semula ketika dia leka. Mlm tu Allah gerakkan hati tgk fonnya. Tertera ‘ hai sayag rinduu moment2 dengan u ‘ Asbab aku puasa haritu Allah tunjukkan aku kebenaran.

Conversationnya fresh seakan tiada conversation siang td dan smlm. Rupanya habit dia, delete segala perbuatan cur4ng. Ternyata msj kepada manager nya, saya cuti 2 hari. Bukannya kursus 2 hari seperti yang dikatakan.

Sampai hati abang. Saya minta abang cuti untuk spend masa dengan saya , abang kata abang sayag cuti. Rupanya. Abang simpan cuti untuk jumpa perempuan tu.

Hostel rupanya hotel. Perempuan yang check in kan. Bukti semua dihapuskan. Geliganya akal abang menutup dosa. Sampai hati abang tipu saya.

Hati berkata dia berzin4 Bila ditanya dia tak mengaku. Malam sebelum terkantoi sempat kita bersama, aku rasa kau lain, suamiku . Berat sungguh hati nak terima kau semula suamiku. Walau tak berzin4 sekalipun kau tetap menghampiri zin4.

Walau kau tak ngaku, aku tau hatiku instinct ku selalu benar. Tak mungkin aku terima kau sbb pengorbanan aku yang besar dibalas kecurangan maha dasayaat disebalik topeng muka family guy dan soft spoken kau suamiku.

Terima kasih si isteri orang beranak 2 kerana tunjukkan aku diri suamiku yang sebenar. Sisi sebenar suamiku yang selama ni aku anggap mulia rupanya mun4fik. Demi Allah sebelum ni suamiku nampak seperti seorang muslimin sejati.

Pandai sungguh kau berlakon wahai suami. Tak perlu tunggu akhirat, dunia Allah dah tunjukkan.  Aku hanya mampu berdoa semoga kau berubah, ingatlah anak2 kita.. aku isteri yang setia menanti perubahanmu.