Kisahnya kat office aku ade sorang perempuan aku namakan Lina janda anak 2 disebabkn aku dengan Lina dah rapat sangat aku macam tersuka ke tercinta ke aku pun tak tau

Salam min.. tolong hide fb aku.. kisah aku ni panjang utk tauladan gak pada suami kat luar sana.. hargailah ape yang ada dn jagala sebaik2nya… aku dh kawin dengan isteri aku siti dah lama dan dah ada anak2 yang baik…

aku tak pernah jatuh cinta dengan mana2 girl walaupun gf aku ramai semua yang aku kawan aku main2 jer gf aku yang lebih2. sampai aku kenal siti tengah aku nak serius dengan siti datng sorang laki ni mengaku ex bf siti, dia pun cerita kisah2 hitam dia dengan siti terlanjur bagai.

ada yang siti mengaku tp ade gak yang siti cakap dia tokok tambah biasalaa hati dah panas..

lepas kejadian tu hati dan persaan aku macam biasa je pada siti sayang pun aku rasa macam ada tak de je tp aku tetap kawin dengan siti sebab aku redha itu jodoh aku. lepas kawin aku layan siti biasa je tak macam isteri tapi siti sabar..

Siti baik tak pernah gaduh dengan mak atau kakak aku baik dengan seluruh famly aku dan gaji tinggi tapi aku tak tau berapa sentiasa cukup duit siap boleh bagi kat mak aku lagi tiap bulan.. hired maid bayar rumah susu pampers anak yuran sekolah semua laa dia …

Aku income celup celap sebab aku freelance sekali ada bnyak tapi aku bagi kat siti tak de aku senyap semua siti tanggung dr A sampai z aku pernah bisnes dulu hasil bisnes beli rumah semi d keta mewah tapi bisns lingkup umah situ sambung bayar.

semua siti buat sendiri kelengkapan bersalin dia beli sendiri siti tak pernah susahkn aku.. ada waktu aku gile main golf habis masa dengn kawan2 aku utamakan kawan dulu baru siti dengn anak2 aku pun aku tak rapat aku baran ade jer tak kene rumah kene kemas tapi siti hired maid dia pun tak laa stress sangat ade helper..

Siti selalu tnya aku sayang dia tak dan jawapan aku BOleh tak jangan tanya soalan b0d0. awak ni b0d0 ke.. macam2 laa aku m4ki dia tapi siti tetap tenang.. aku pun tak de la curang dengan dia walaupun macam tak de perasaan kat dia.

sehinggalah satu hari siti lafaz kat aku dia terlalu cintakan aku dari dulu tapi sejak 2 tahun lepas dia doa dekat tuhan agar aku jatuh cinta tak kira dengan dia sendiri atau perempuan lain dan dia nak aku rasa mcmane cintakan orang yang tak cinta.. aku jawab jangan jadi b0d0 ingat cinta boleh makan ke bahagia ke?

Sehinggalah awal tahun ni aku dapat job freelance besar payment pun besar tp aku kene hbiskn masa dekat office kadang2 2 hari tak balik.

Kisahnya kat office aku ade sorang perempuan aku namakan Lina janda anak 2 disebabkn aku dengan Lina dah rapat sangat aku macam tersuka ke tercinta ke aku pun tak tau.. kalau tak jumpa Lina aku gelisah ape Lina nak aku ikutkn sanggup tak balik temankn Lina walaupun kerja aku dah habis..

aku tau siti perasan tapi siti tetap dengan sikap tenang dia sehinggalah aku kene tangkap basah dengan Lina kat office tak tau sape report siti datang jamin aku dekat balai dengan senyuman. Siti tetap tenang .. dia tak ngamuk tapi mata dia merah.. dulu aku ade janji dengn siti kalau aku buat hal aku akan lepaskn diaSiti ingtkan aku janji tu..

tapi aku rileks jer time tu dalam perjalan balik rumah dari balai sebab aku tengh angau dengan Lina aku tak kisah pun kalau siti nak cerai tapi siti cakap dia mintak tangguh sampai hujung tahun ni sebab anak2 nak pt3 dengan upsr. sebulan lepas tu aku nikah dengan Lina…

mula la kehidupan aku dengan Lina aku gi honeymoon dengan Lina sedangkan dengan siti tak pernah pun.. mula2 lepas nikah aku gi apartment Lina masyaAllah punya laa kotor kalau umah siti mesti ku dh maki dia. Lina pemalas walaupun siti rajin aku tetap cakap siti malas nasib ade maid..

itu ke Cinta? Terima seadaanya? Lina tak pandai masak tp aku tetap selera dengan masakan Lina,Lina tak cantik pun walau pun siti anak 5 tapi dia tetap jaga badan dia anak2 Lina pun tak de disiplin cakap kasar2 walaupun masih budak tapi aku sayang giler kat anak dia..

hantar amik rumh pengasuh mandikan walhal anak aku sendiri aku tak buat. sejak aku nikah dengan Lina layanan siti pada aku tetap sama dari segi zahir.. cuma siti tak bagi aku sentuh dia dh dia ckp biarlaa orang baru pulak servis aku..

kalau aku balik umah siti aku tenang gak sebab siti tak pernah ungkit ape pun.. macam aku tak kawin lain pun cuma siti tak bagi aku sentuh dia.. kalau aku balik umah Lina aku pening Lina duk tuduh macam2 siti tu la siti ni laa aku ade pompuan lain laa.

.bab duit pulak rumah Lina semua aku tanggung dengan anak2 tiri pun aku tanggung anak aku? Biasalaa sitk tanggung tapi dia tak pernah ungkit.. kelmarin aku baca wtsapp Linap rupa2nya Ljna selalu wtsapp m4ki2 siti tapi siti tak pernah balas walau 1 ayat pun cuma blu tick jer..

pastu aku ade baca Lina mintak nak duduk umah semi d tu dia suh siti keluar walaupun rumah tu aku dah tukar nama siti.. aku tak sedap hati aku pun balik rumh siti tengah kemas2 packing barang.. aku tnya napae nak pindah ni?

Siti jawab dia tak bole duduk dah dalam rumah ni sebab setiap sudut ade aku dia kene cari rumah baru nak mula hidup baru..

terkedu aku kenapa siti ni? TAK pernah marah bentak atau cite buruk Lina dekat aku? TAK pernah langsung sebut pasal Lina macam Lina tak wujud dalam hidup dia?

Malam tu aku nampak siti cantik sangat sumpah aku tak tipu siti sebenarnya ada mix ar4b kulit cerah badan pun slim tapi dah nampak cengkung sikit mungkin sebab aku dah abaikan dia selama 9 bulan ni. aku jenguk bilik anak2 banyak dah barang2 dalam kotak tetiba aku jadi sebak..

aku duduk dekat siti aku cakap jangan la pindah aku tak nak pisah dengan siti… siti cakap dia dah arrange semua bulan 12 dekat  court dia mohon aku kerjasama datng court pertengahan bulan 12 lafaz cerai.. aku rasa nak pitam…

Aku suruh siti fikir masak2 Fikir anak2 fikir usia rumah tangga yang dah 17 tahun ni.. siti angkat muka dia pandang aku dan cakap abang siti tak ade ape kenangn manis yang nak siti kenangkn selama 17 tahun dengan abang..

abang tak pernah ingat hari lahir siti tak pernah celebrate anniversary kawin kita . Siti tak pernah terima sekuntum bunga pun dari abang tak pernah dapat suprised gift tak pernah ada candle light dinner..

dan dengan anak2 tak pernah rasa kasih sayang abang kalau siti tido atas riba abang, abang akan cepat2 kentut supaya siti bangun ..

tak pernah tido atas lengan abang dan yang paling penting abang tak pernah ucap sayang atau cinta pada siti dan sekarang abang bawa Lina dalam kisah hidup kita abang rasa siti patut tunggu lagi? ya Allah aku rasa macam nak hempuk kepala aku kat dinding..

dan ape yang siti caksp tu semua aku buat dengan Lina tanpa Lima suruh itukah cinta? Siti tetap nak cerai.. aku hanya mampu berdoa pada Allah agar hati siti tetap kembali pada Aku.