Kisahnya bermula apabila isteri aku mengenali seorang lelaki yang bernama z iaitu suami orang rakan sekerjanya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua warga fans KRT.. bukan niat untuk saya buka aib sesiapa tetapi sekadar berkongsi pendapat untuk kita jadikan pengajaran dan membuka lembaran baru dijadikan pendoman dalam hidup kita semua.

Ini kisah benar yang berlaku dalam hidup aku sendiri. Bermula ceritanya kisah isteri saya yang dikenali sebagai Ina kami hidup bersama anak2 seramai 5 orang sebagai satu keluarga yang bahagia , aku bersyukur kepada ALLAH SWT dengan anugerah dikurniakan kepada aku.

isteri aku berkerja sebagai penjawat awam. Kisahnya bermula apabila isteri aku mengenali seorang lelaki yang bernama z iaitu suami orang rakan sekerjanya yang sudah berumatangga dan juga sudah bercucu.

mereka mula menjalinkan hubungan sulit seperti melakukan hubungan di sebuah hotel  sehingga berlarutan kegiatan mereka ditempat lain. Mereka bijak menutup segala kegiatan terkutok mereka sehingga saya tertipu dengan tipu daya mereka sehingga tidak dapat menghidu langkah mereka.

Betul2 saya telah dianiaya kalau diikutkan dari segi hukum sememangnya saya layak dipanggil sebagai lelaki dayus.. keadaan sebegini saya hanya berserah kepada ALLAH SWT sahaja kerana pakatan pembohongan mereka berdua

Akhirnya pada pertengahan bulan Jun 2021 pasangan terkutok itu termasuk kedalam perangkap saya.. syukur ALLAH SWT makbulkan doa saya selama ini.

kerana selama ini saya mengesyaki perbuatan terkutok mereka tapi mereka menafikan mereka curang dan melakukan z!na terutama sekali isteri saya sendiri..

Bila aib nya dah dapat saya tangkap dan hidu malah dia mengakui perbuatannya saya amat kesali dengan apa yang dia lakukan.

Persoalan saya sekarang si isteri menangis dan amat menyesali diatas perbuatannya selama ini dan ingin bertaubat nasuha kembali ke jalan ALLAH SWT adakah perlu untuk saya menerima nya kembali.?

Perlukah saya memaafkan segala perbuatan terkutuk itu..? Maaf admin tolong hiddenkan diri saya..