Kisahnya Baru2 ni saya masuk ward sebab leaking ketuban dan saya memang tau kalau suami memang kaki tegar video p0n

Saya nak luahkan terkilan rasa hati ni . Saya dah sarat 9bulan pregnant . Tunggu masa je nak bersalin
Kisahnya Baru2 ni saya masuk ward sebab leaking ketuban dan saya memang tau kalau suami memang kaki tegar video p0n dan suka langgan pel4cvr dalam phone.

Banyak kali kantoi sampai tak de hati dah nak tegur. Biar lah tu antara dia dengan allah. Mula mula dulu dapat tau memang perit sangat hati ni. Lama lama dah lali. Tegur, nak bercerai, bergaduh semua tetap tak berubah. Masih ketagih dengan benda benda macam tu.

Bila tanya kenapa curang , tak sayang saya dan anak anak ke, dia jawab suka suka je bukan langgan face to face. Dalam hp je nak seronok seronok. Saya banyak kali tegur , tak malu ke kat akhirat nanti allah tayang segala perbuatan terkutuk awak depan semua orang.

Dia diam. Sekejap je berubah. Saya nak bersalin ni ingat dia berubah la doakan banyak banyak untuk anak isteri . Tapi masa saya masuk ward saya dapat tau check hp dia, dia langgan lagi laman web pel4cvr tu. Siap search pel4cvr terdekat dengan dia lagi.

Allah, aku dah taat pada suami, aku dah jadi ibu terbaik untuk anak anak aku, aku dah jadi menantu paling taat pada mentua aku , ni ke balasan untuk aku. Sampai tahap saya dah tak peduli dengan dosa suami. Sebab  semua tanggungjawab dia laksanakan .

Kecuali b4tin , dia cuma akan sentuh saya sebulan sekali atau tak langsung untuk beberapa bulan sebab puas dengan mel4c4p dengan pompuan2 tu. Saya tak bekerja. Tapi muda lagi baru 25tahun .

Dia suruh saya jaga badan saya buat , dia suruh saya bergaya saya buat. Saya cakap kat dia kalau dia dah tak selera dengan saya lepaskan saya

Ramai lelaki nak kat saya. Kawan2 suami sendiri pun nak kat saya sampai suami sendiri yang sakit hati. Bila buat isteri macam tu dia tak fikir hati isteri pulak . Sekarang ni saya sabar je. Saya cuma tunggu dapat kerja kerajaan lepastu saya nak tuntut cerai and ceritakan semua kat mahkamah.

Bukti bukti semua saya dah simpan. Sekarang ni saya tengah habis kan semua duit2 dia. Setiap hari saya mintak  beratus beli keperluan saya dan anak2. Dia cakap saya membazir , boros .

Saya tak peduli. Tu je cara saya lepaskan amarah dari saya maki tengking suami . Kalau saya m4ti masa bersalin nanti , baru dia nak terkesan kot tak sempat mintak maaf dengan apa yang dia buat. Semua org nampak die baik je, naif je.

Tapi hakikat , hanya isteri yang tahu buruk baik suami . Sekali pun tak pernah lupa doakan suami saya dalam solat. Semoga dia berubah dan berubah . Tolong hargai isteri dan anak2 . Tapi hampa. Dah 5tahun masih begitu.

Aku nak tanya apa solution / cara untuk bertenang / cara untuk abaikan / cara untuk anggap ia tak jejaskan kehidupan kita sebagai isteri apabila suami suka sangat search  girl / pel4cxr,  bercinta dialam maya dll jenis perkara zin4 media social ni.

Macam mana nak redha bila suami kita macam tu ? dia solat 5waktu , baca quran . Kami memang takde masalah lain dalam rumah tangga . Itu je masalah saya . Saya rasa macam useless sebagai isteri . Rasa hina . Rasa buruk .

10tahun saya doakan dia berubah . Tapi takde perubahan . Allah makbulkan segala doa saya selama ni . Cuma satu ni je saya masih mengharap allah makbulkan semoga suami menjauhi zin4 dan m4ksi4t Bukan sekali tertangkap .

Berkali2 . Walaupun takde bukti dia betul2 pergi jumpa pel4cvr tu , saya tetap rasa saya isteri yg malang . Sampaikan nak gil4 rasanya dirobek2 jiwa ni . Please ape solution yg terbaik selain cerai .

Saya ada anak2 yg comel dan cantik . Perfect allah bagi . Saya jaga kulit , jaga makan pakai dia . Jaga body macam dia nak . Jaga rumah dia . Jaga perut dia . Ikut fesyen yg dia suruh . Masih juga penuh kekurangan dimata dia .

Bila nak cerai dia melutut mohon maaf , dia kata dia kalau cerai dia takkan jumpa isteri sempurna macam saya . Lepastu sebulan dua ulang lagi . Bayangkan , bagi harapan , musnahkan . Bagi lagi harapan , musnahkan lagi . Patut ke saya yang musnahkan sendiri rumahtangga ni ?