Salam min, tlong hide profil nie.. Pimjam fb kwn.. aku ada sedikit cerita untuk korang dan aku mintak pendpt untknya.. Maaf kalau ceritanya agak panjang.
Kisahnya Aku seorang perempuan yang pernah terlanjur dengan kekasih kerana Kami memang betol2 mencintai satu sama lain sampai hanyut dengan n4fsu. tapi kami pernah terlanjur sekali je dan selepas tu, aku bertaubat dan bersumpah takkan ulang perbuatan tu dan aku juga merayu dan bimbing kekasih aku untuk sama2 bertaubat.
Itu kisah silam kami dan selepas tu kami fokus untuk berkahwin. Alhamdulillah aku dan dia semakin dekat dengan Allah..
Dipendekkan cerita bila kami dah betul2 bersedia utk menikah, mak mertua kekasih tak suka pada aku dan kekasih serba salah untuk memilih aku dan ibu dia, dalam masa yg sama nak bertanggungjawab ke atas aku. Ini ujian untuk aku..
Sejak tu, kami kerap bergaduh dan akhirnya aku bawak diri kerana aku tak nmpak harapan lagi pada hubungan kami memandangkan kekasih seolah2 melebihkan ibu dia. kekasih aku minta masa untuk dia pujuk ibu dia tapi aku ambil kputusan untuk pergi dulu sebab x sanggup nak hadapi perasaan kecewa ni,
seolah2 kekasih aku tu lepas tangan atas ape yang jadi pada kami. selepas tu, aku buat haluan sendiri dan blok kekasih dri semua cara untuk dia cari aku. Aku tahu dia masih cari aku smpai sekarang tpi kami x kan bahagia sebab ibu dia macam tu.
Sejak tu, ramai lelaki lain yang cuba nak dapatkan aku. Aku sangat cantik dan selepas kisah silam dulu aku dah berubah menutup aurat secara sempurna mungkin itu yang lelaki2 pandang aku seolah2 aku seorang wanita muslimah yang baik walaupun hakikatnya aq buruk.
Dan sejak kisah silam tu berlaku aku sentiasa mengelak untuk kenal lelaki sebab aku tahu aib aku tu aib yang besar.. Tak semua lelaki boleh terima dan sukar untuk cari lelaki yang boleh terima. Apetah lagi, lelaki2 tu semua suka dekat aku kerana kecantikkan dan pemakaian aku..
Maksudnya secara zahir diaorang nampak aku baik tapi hakikatnya Allah yang lindung aib aku.. Jadi disebabkan lelaki2 sering nak tackle aku sampai ada yang mintak dengan mak ayah aku. Aku mula makan banyak dan g€mukkan diri. Sekarang aku agak chbby kerana aku jnis tinggi,
jadi berkurang laa lelaki2 nak tackle aku tapi masih lagi ada lelaki yang cuba untuk mengorat aku sampai sekarang, jjurnya aku teringin nak kahwin tapi aku terlalu takut. Persoalan aku sekarang, macam mana aku nak tahu lelaki tu akan terima aku bila dah kantoi aku tak ada d4r4?
Dan aku ada baca juga dekat grup krt nie beberapa orang yang lepas nikah, tak kantoi dia tak ada d4r4.. Macam mana ya boleh tak kantoi..? kalau ada cara, mungkin aku dapat yakinkan diri untuk bernikah.. Aku pun teringin nak dapat kasih sayang daripada seorang lelaki dan anak2..
Kalaulah aku dapat undurkan masa, aku nak ubah balik masa pada hari aku terlanjur tu. Aku betol2 menyesal min.. Sampai sekarang aku tak berhenti menangis bila pkirkan pasal tu.. Tak kira berapa kali aku taubat pun, rasa berdosa tu tak akan hilang..
Dan aku terlalu takut bila pkirkan yang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang j4h4 untuk lelaki yang j4h4t.. Adakah kalau aku bernikah aku akan dapat lelaki yang j4h4t min kerana kisah silam aku?