Kisahnya aku keluar daerah untuk satu lawatan di Mana biarlah rahsia aku telah berkenalan dengan seorang perempuan

Assalamualaikum. hai min. hidekan fb kawan satu tempat keja aku ni. aku nak cerita Dan Tanya pendapat sikit..salah ke aku? Macam ni cerita dia. aku suami orang, Ada anak 2 orang. khawin dah 10 tahun. rumah tanga aku Ada pasang surut Dan aku selalu luar daerah.

Kisahnya aku keluar daerah untuk satu lawatan di Mana biarlah rahsia aku telah berkenalan dengan seorang perempuan dia ibu tungal yang tak Ada famly dah dalam dunia ni.

Mula2 dia memang tolak aku min dia tahu aku laki orang. dia reject aku. tapi aku Tak pernah putus asa. aku buat macam Cara nak dapat no dia. akhirnya aku dapat no dia dari kawan dia. start dari situ. aku selalu chat dia. dia buat acu tak acu je. tapi lama2 dia Terima aku.

mungkin sebab hari2 aku chat Dan cal dia. hati perempuan kan lembut. kami pernah berjumpa beberapa kali. dia fahami aku Ada fmly. tak pernah dia merungut aku jaga hati isteri aku Dan Hari dia.

Ya aku pernah berjanji akan nikah dengan dia selepas kami terlanjur aku janji akan jaga dia dengan anak dia. tapi. Selepas setahun aku dengan dia. lama2 aku kesian Kan dia. kadang2 dia makan hati tapi tetap sabar. mungkin sebab dia sedar, dia hanya no 2. kalau aku Ada masalah.

Aku lebih cerita kepada dia, dari pada bini aku. dia seorang pendengar Dan penasihat yang baik. bergaduh biasa. tapi dia mudah mintak maaf. aku sakit. dia Akan risau lebih dari bini aku. Dia sangup beli ubat untuk aku.

kalau aku gaduh dengan bini aku (aku Tak cita, tapi dia tau dari segi mood aku) dia akan nasihat aku, Bersabar lah dengan sikap perempuan. dia mintak aku pjuk bini aku, peluk bini aku manjakan bini kadang2 aku Tak faham kenapa dia mntak aku buat macam tu.

dia kata perempuan akan tenang. mungkin bini aku letih jaga anak sehariaan. aku pelik. tak sakit k hati dia?ye. aku tahu. hati dia pedih. tapi dia Tak nak aku masam muka dengan wife aku.. setahun berlalu. tiba2 aku rasa kesian Kan dia. aku Tak nak hidup dia sia2 kerana aku. sebeb aku tahu Dan sedar. aku Tak boleh berlaku Adil dengan dia kalau kami khawin.

Bukan dia Tak pernah mintak aku tingalkn dia. dia pernah nak tingalkan aku. aku Tak boleh terima. aku pujuk dia. Akhirnya dia mengalah. Terima aku balik. tapi baru2 ni. Aku buat keputusan untuk tingalkn dia demi kebaikan dia. Dia berhak dapat laki2 lebih baik dari aku.

Dan aku fikirkan dosa yang pernah aku terlanjur dengan dia. ya aku Baru sedar. Dia menangis merayu jangan tingalkan dia sebab kami pernah terlanjur tapi aku fikir aku kena tingalkan dia demi kebaikan semua. bini aku Tak tahu pasal dia sampai SEKARANG..

Aku sayang Kan dia min. Dia permpuan
yang baik. ye. Orang kata dia perempuan per4mp4s. tapi tidak min. dia banyak ajar aku baiki hubungan aku dengan bini aku. tapi aku tingalkn dia demi kebaikan dia.

Tapi dia Tak boleh Terima. apa patut aku buat min? kej4m ke aku? last chat dia. dia Tak dend4m dengan aku. dia kecewa dengan aku. tapi aku Tak niat min. aku sayangkan dia. aku bukan nak prmainkn dia.

Aku tahu aku salah sebab sentuh dia. berjanji Dan bagi harapan dekat dia. aku tahu dia sakit Dan kecewa. Tapi dia masih cakap lembut Dan baik2 dengan aku. macam Mana aku nak tebus salah aku? aku putuskan hubungan sebab aku takut kalau kami terlanjur lagi.. tapi niat aku baik. tak nak buat dosa. sebab tu aku jauhi dia. kenapa dia Tak fahami niat aku min.