Kisahnya ada seorang lelaki berkenalan dengan saya menerusi mesengger dan sekarang lebih kurang 6 bulan perkenalan kami.

Salam.. tolong hide profile sy.Saya nk share dan minta pandangan semua pembaca krt. Saya seorang isteri dan ibu berusia 30an. Perkahwinan saya menjangkau 10 tahun dan setakat ini alhamdulillah bahagia..

Suami saya seorang yang bertanggungjawab dan penyanyang kepada saya dan anak2. Saya dan suami dua2 bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Kisahnya ada seorang lelaki berkenalan dengan saya menerusi  mesengger dan sekarang lebih kurang 6 bulan perkenalan kami. Pada awal perkenalan kami hanya kawan biasa namun setiap hari berhubung menjadikan hubungan kami makin erat dan rapat.

Saya akui saya mula menyukai dirinya dan dia memang ingin melamar saya sebagai isteri. Dia masih bujang, berkerjaya dan lebih muda beberapa tahun dari saya. Dia juga tidak tahu saya isteri orang.

Kami hanya berhubung hanya melalui on line sahaj dan tidak pernah berjumpa kerana berjauhan. Saya masih waras dan saya sayangkan keluarga saya sekarang. mustahil saya menikahi dia sedangkan saya sudah miliki anak2 dan suami yang penyanyang dan baik.

Saya tahu mesti ramai yang kecam perbuatan saya. Saya cuma meminta agar natizen memberi pandangan dan cara untuk saya melupakan dan memutuskan hubungan dengan lelaki itu.