Kes kedua ni saya pendam sehinggalah kawan baik yang B berterus terang dengan saya baru2 ni kisah sebenar masa suami saya dtg ke rumah dia

Assalamualaikum KRT Fans. Sila hide profile saya. Saya da berkahwin lebih 10thn, dan ada 2 anak. Suami saya ok. Sblm ni pernah kantoi suami try message kawan baik saya bernama A.

A sudah berkahwin n dia berterus terang suami saya message dia. Saya jd malu dan bergaduh dengan suami. N then hal tu berlalu hinggalah beberapa tahun kemudian..

Saya dapat tau suami kantoi datang kerumah kawan baik saya bernama B yang sudah berkahwin, masatu suami dia takde. Masa tu kantoi..

sehingga saya dan suami kawan baik syak n saya cume bertanya kat suami ape buat kt rumah B tu, suami cakap takde ape. Cume ada hal nak bincang.

Kes kedua ni saya pendam sehinggalah kawan baik yang B berterus terang dengan saya baru2 ni kisah sebenar masa suami saya dtg ke rumah dia.

B sgt terkejut suami dtg pagi2 ke rumah dia, masa tu suami dia keluar berkerja. Suami saya dengar luahan si B, dan kemudian peluk B ni, tp B tepis cakap ” kau adalah suami kawan baik aku, aku bukan jenis mcm tu “.

Dari cara B bercerita tadi ada situasi2 yang mungkin malu dia nak cakap dengan saya. Tapi saya dapat agak mungkin ada r4b42. Si B bersumpah tak ade apa pun berlaku antra dorang.
Saya sedih..

saya diam n jd benci tengok suami saya. Dan dalam masa yang sama, B ni adlh kawan baik saya.. Saya jadi tak bole tengok mereka berdua.  Skrg ni ape patut saya buat?

Mcm2 saya fikir tentang suami saya ni, tergamak dia 2 kali try nak curang dengan kawan2 baik saya yang sudah pun bersuami.