“Kalau Tiada Siapa paksa Buat Apa Berhijab” Zarina Anjoulie Dedah Kembali Ke ‘Fitrah’ Asal

“KALAU tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,” kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung.

Zarina berkata demikian bagi membalas komen seorang peminat yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

Dalam masa sama, menerusi Instagram Story Zarina mengesahkan sudah membuka tudung dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai.

“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam,” katanya sambil menyanyikan baris perkataan itu tanpa rasa serba salah.

Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu.

“Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki.

“Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.

“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” tulisnya.

Terdahulu Zarina mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi berhijab dengan rambut berwarna perang.

Malah, Zarina tampil berani memuat naik video bersama beberapa kenalan wanitanya dengan hanya memakai busana yang sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar payu daranya.

Video dan foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak kelmarin hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak mengenai tindakannya seolah-olah mempermainkan agama.

Sejak penularan video terbabit juga Zarina kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya.

Sumber : Harian metro