Kalau gaduh dia cakap tak perlu la awak nak kemas2 rumah ni lagi sebab rumah ni tetap nampak kotor lepastu cakap patutnya awak masak, mak saya dengan keturunan dia semua pandai masak tak macam awak

salam hi semua warga krt fans.
saya nak tanya la orang2 yang da berkahwin. salah ke kalau seorang isteri ni tak pandai masak? kat rumah ni saya biasa buat2 kerja rumah je. basuh pinggan basuh baju apa semua la yg saya pandai buat kat rumah ni. mata saya ni tak bole tgok rumah bersepah mesti nak kemas2.

Suami dgn anak memang biasa la suka sepahkan barang2 kat rumah ni. tiap kali dorang sepahkan barang tiap kali tu la saya kemas elok2. Bila rumah da kemas da bersih baru lega hati ni. kekurangan saya ni cuma tak pandai masak je. tak pandai masak masakan berlauk. tangan ni agak kekok sgt2 nak masak sebab memang tak tahu.

Kalau nak makan kadang beli luar, kadang suami masak tu pun dia masak sup telur dgn sardin je. saya makan je dia masak masakan macam tu takde complain apa2 pun. cuma saya terkilan dgn sikap suami setiap kali gaduh. dia cakap tak perlu la awak nak kemas2 rumah ni lagi. rumah ni tetap nampak kotor. dia cakap jugak “patutnya awak yg masak bukan nya saya tau. mak saya dgn keturunan dia semua pandai masak tak macam awak”.

Setiap kali dia cakap macam tu mesti saya nangis. rasa macam apa yang saya buat kat rumah ni tak dihargai langsung pun. kalau saya tak kemas rumah ni memang rumah bersepah sana sini. kat sinki berlambak pinggan mangkuk dgn dapur kotornya. baju satu bakul tak basuh2. kang bila saya tak kemas rumah orang datang tgok rumah ni dorang anggap saya ni bini pemalas bini pengotor pulak.

kalau saya suruh buang sampah dia cakap saya ni arah2 kan dia pulak padahal sampah da bertimbun da bersemut. kerja dia cuma jaga anak bila time saya mandi n masak je. yg lain semua saya buat. dia selalu cakap cuba la awak dgn suami orang lain dia bole terima ke awak tak pandai masak.

kalau mak mertua dia suruh awak masak haaaa padan muka awak. awak suka mandi lama2 kat bilik air tu kalau awak dgn suami lain ntah2 da kena tendang da kena belasah dgn dia. saya terkilan sgt2 dia suka cakap macam tu setiap kali gaduh disebabkan saya tak pandai masak je.

Dia cakap jugak lepas ni makan sendiri2. Allah je tahu hati saya ni sedih macamana. saya rasa macam nak lari je balik rumah ibu saya. kalau dia, dia tak solat tak mengaji takde ajak saya buat kebaikan masih je saya terima dia sebagai seorang suami.

Dia bagi nafkah pun bukan dari rezeki yg halal sejak2 dia da tak kerja sg ni. kerja dia sekarang jalan barang batu. selalu jugak kat rumah ni dia hisap batu kalau ada barang. hati saya ni tak suka tgok dia selalu kena batu. bila saya larang dia cakap bukan selalu kena pun.

Sikap dia macam tu takde pun saya nak banding2kan dia dgn lelaki lain yg lagi baik. tetap je saya terima sikap dia macam tu. saya ni cuma tak pandai masak je dia suka cakap saya ni yg bebukan. nampak sgt kan dia tak bole terima kekurangan saya ni yg tak pandai masak. ke saya ni masih bodo bersama dgn orang macam tu?

isteri2 kat luar sana tu ada tak yg macam saya ni tak pandai masak macamana pulak ye dengan suami korang? maaf ye kalau ayat saya terlalu panjang untuk korang baca cerita saya ni. cuma ingin sekadar meluahkan saje kat sini. terima kasih admin siarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *