Kalau ada benda yang aku buat belakang bini dan aku tak bagitau dia sampai bila bila pun rezeki aku sempit

Salam Min. Maaf terpaksa guna acc orang lain untuk post. Aku dah berkahwin lebih 10 tahun. Dikurniakan dengan 3 orang anak. Isteriku almost perfect. Nak kata ada flaws jarang sangat. Cantik, educated, pandai masak, pandai jaga orang tua aku, sense of humor pun ada. Nak kata aku tak sayang bini pun tak boleh, semuanya aku buat. Makan minum pakai semua terjaga.
Tapi aku ada perangai yang suka test market. Nak jugak flirt sana sini.

Bukan dapat apa pun. Sebab tengok kawan kawan buat aku pun nak buat jugak. Benda ni dah banyak kali jadi issue dan bini dah beberapa kali minta cerai kalau aku masih nak berperangai seperti orang bujang. Aku terasa bila kawan aku cakap bayangkan kalau bini kau yang buat perangai mcm ni Kau suka tak? Nak dijadikan cerita, aku bermimpi beberapa hari lepas.

Kalau ada benda yang aku buat belakang bini dan aku tak bagitau dia sampai bila bila pun rezeki aku sempit. Aku perlu berterus terang untuk memastikan kami hidup bahagia. Namun terdetik rasa risau, apa akan jadi kalau dia tak maafkan aku? Apa akan jadi kalau dia pergi dari hidup aku dan aku dah tak jadi suami dia?
Persoalan tu merunsingkan aku sampai tak boleh nak tido malam.

Dia la dengan aku masa susah dan berusaha untuk memajukan aku. Kalau aku nampak baik dan presentable semua berkat usaha dan kesabaran dia bersama aku. Untuk kaum lelaki yang kat luar tu,tak payah la nak test market. Tak kan sama bini kita dengan benda tak halal walaupun sekadar suka suka. Yang wajib kita jaga hati isteri dan anak. Bukan hati orang lain. Ingatlah sekali hati isteri tu terluka atau terasa dengan perbuatan kita sampai bila bila Allah murka kalau si Isteri tak maafkan.

Aku berharap sangat aku diberi kekuatan untuk berterus terang dan isteri diberi kekuatan untuk memaafkan segala kekhilafan aku. Sesungguhnya aku manusia yang rugi kerana tidak menghargai isteriku. Betul la kata orang, berkawan dengan orang baik kita jadi baik. Berkawan dengan orang yang kurang baik kita pun jadi kurang baik. Walaupun kita rasa benda tu harmless dan tak akan membahayakan perkahwinan kita, di situ la silapnya. Sekian dari, Suami yang insaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *