Jangan kata isteri kedua tak faham perasaan isteri pertama tapi isteri pertama boleh ke faham perasaan isteri kedua

Jangan lah ada yang anggap isteri kedua ni tak paham apa yang isteri pertama rasa dan lalui.. Kita sama wanita pasti sikit sebanyak akan faham apa yang dirasa. Tak semua wanita yang nak kongsi somi, tak ada wanita yang sanggup kena tipu dengan orang tersayang apabila dapat tahu somi bernikah lagi pasti lah sakit hati, marah, benci dan macam2 lagi emosi yang hadir.

Tak salah jika ada perasaan tersebut yalah dah lama hidup bersama tup2 somi menikah lagi.. Terasa diri dicurangi, hilang kesetiaan, hilang cinta si somi. Sebab itu, isteri terdahulu ada yang mengamuk dan buat macam2 trhadap isteri kedua gara2 marahkn somi menikah lagi.. Jangan kata isteri kedua tak faham, kerana kami fahamlah kami bertolak ansur dan mengalah.

kerana fahamlah kami akur dan brdiam dan terpaksa redha dalam pasrah bilamana somi terpaksa melebihkn isteri trdahulu dengan alasan ‘jaga hati’/ ‘mls nk gaduh’. Kerana fahamlah, kami terpksa diam bila hak2 kami diabaikan.. Tak cukupkah dengan apa yang kami lakukan.. Ya kami faham, masing2 sedang belajar untuk terima keadaan semasa (poligomi), bukan mudah untuk isteri trdahulu menerima tapi kalau dah bertahun2 apa kes lak tu?

Bertahun2 paksa, somi untuk jadi tidak adil dan bertanggungjawab pada isteri kedua.. Betulkah macam tu? Paksa somi untuk ceraikn isteri kedua, betulkah cara ni.. Bukankah berdosa bila meruntuhkn rumhtngga orang lain. Jangan kata isteri kedua tak faham perasaan isteri pertama tapi isteri pertama boleh ke faham perasaan isteri kedua? Ada je isteri terdahulu yang boleh mnerima kehadiran isteri kedua.

Syukur dan berbhagialah kalian.. Rezeki dapat madu yang baik.. Ada gak isteri kedua yang berlagak dia isteri pertama. Tak baik isteri kedua yang sebegini terlupa diri.. Dah ler mnikah dengan lelaki brstatus somi orang dah tu lupa diri dia lak yang arahkn macam2 demand macam2 tapi syukur, dalam kumpulan saya belum lagi muncul isteri kedua yang brlagak diva ni.

Betullah kata orang poligami itu indah bila masing2 dapat mmberi dan mnerima. Bila semua pihak dapat bekerjasama, in sha allah rumahtngga masing2 tenang.. Apapun kisahnya, kisah ko aku dan dia tak sama.. Kita sama status tapi jln cerita ada kelainan.. Untuk bhgia, bertolak ansur lah.. Mengalah jika perlu.. Bahagia dengan cara kita.. Belajarlah untuk berdamai dengan takdir kerana tamdir kita allah yang tentukan. Bahagia dengan cara sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *