Isteri bersikap dingin dan katanya bukan tugas dia untuk jaga mak mertua sampaikan dia nekad larikan diri dari rumah

Assalamualaikum Warga KRT. admin tlg hide fb saya. Mntk pandangan semua..
Saya dah berkahwin 6 thn dan mempunyai 1 orang anak. Saya menyewa di sebelah rumah mak ayah (mak ayah tak pernah ganggu privacy kami sekeluarga).

Tp sikap isteri ni daripada awal kahwin tak boleh terima org lain selain keluarga dia. Semua org bersikap buruk ke atas dia. Dari awal tak reti nak bercampur dengan orang lain, termasuk family mertua.

Cuma nmpk happy bila dengan keluarga dia sendiri di kg. Saya br kehilangan ayah tak sampai 2 bulan. Keluarga sblh kami kecil hanya 3 beradik. Kakak tinggal di kl dan adik masih belajar. Mak masih bersedih kehilangan ayah, sebab saya dan mak yg jaga ayah sepenuhnya sepanjang ayah sakit.

Mak selalu termenung keseorangan dan menangis. Saya mntk bantuan isteri untuk bantu tengok2 kan mak, byk berborak dgn mak. Cuma mntk bantuan utk isi kekosongan, bab makan minum & pakaian semua tak mnta tlg pun boleh urus sendiri. 

Isteri bersikap dinginkatanya bukan tugas dia untuk jaga mak mertua sampaikan dia nekad larikan diri dari rumah bersama anak kecil blk ke kg, buat report polis kata mental terganggu klu masih disitu. Mak dan saya tgh alami tekanan perasaan yg sgt teruk skrg. Risau tgk keadaan mak.

Cuba pujuk rayu isteri supaya blk kepada suami, tp letak syarat supaya cari rumah lain. Ugot untuk berpisah dan nak jauhkan anak dari ayah. Berulang kali bgtau tugas jaga mak mertua bkn tanggungjawab menantu.

Adakah saya terpaksa tinggalkan syurga saya berseorangan kesedihan demi memulihkan rumahtangga dan demi masa depan anak?Penceraian bukan pilihan saya sbb saya sygkn anak saya dan risau akan masa depan dia.

Apa perlu saya buat? Saya sedang alami tekanan perasaan yg teruk skrg. Br kehilangan ayah dan terpaksa berjauhan dgn anak isteri.