Indonesia Tewas Di Laman Sendiri

Siapa tengok perlawanan bola sepak di antara Malaysia menentang Indonesia tadi? Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan milik Malayisa itu 2-3 sebentar tadi itu betul-betul mengejutkan penyokong tanah air.

Pada awal permainan, Indonesia berjaya menjaringkan gol awal tuan rumah melalui sepakan pemain B. Goncalbes dan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan gol M.Sumareh pada minit ke-37.

Tapi malangnya, ia hanya bertahan 2 minit sahaja apabila B. Goncalbes kembali mengegarkan jaring Malaysia pada minit ke-39.

Sambung babak kedua, Malaysia tampil lebih garang apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-66 melalui jaringan padu S.Syafiq.

Hero Malaysia pada malam ini jadi milik M.Sumareh apabila berjaya jaringkan gol kemenangan pada masa tampahan di minit ke-98 sekaligus meranapkan pemain dan penyokong Indonesia.

Sumber : Oh Media