assalamualaikum KRT. Aku berkahwin kerana mengandung luar nik4h. Selepas berkahwin aku dengan suami taubat sebenar2 taubat. Kami hidup bahagia, ada laa pergaduhan kecil dalam rumah tangga.
Solat 5waktu alhamdulillah. Kami menangis ketika mengenangkan dosa lama. Kami tahu kami jauh dengan Allah dulu sampai sanggup terjerumus dalam zina.
Harini perkahwinan aku diuji dengan hebat bila suami memberi aku 2 gambar b0g£l seiras dengan bentuk badan aku dalam keadaan berb0g£l tapi aku yakin itu bukan aku kerana aku tak pernah bersama dengan lelaki lain.
Suami bertanya tentang gambar itu. Cara dia cukup membuktikan yang dia percaya itu adalah aku. Hati aku h4ncur seh4ncurnya apabila suami seperti menuduh aku , aku lah pelaku di dalam gambar itu. Aku menangis. Aku kecewa. Habis semua barang aku c4mp4k.
Aku seperti hilang akal sehingga anak yang berumur 9bulan menangis ketakutan. Kami bergaduh dalam whatsapp. Aku meminta dicer4ikan. Tetapi suami aku hanya membalas ‘berapa org lelaki yang pernah awak berz¡n4 dari tahun 2015 hingga 27May2020’.
Kami berkahwin sudah setahun, seperti dia menuduh aku pernah berz¡n4 walaupun sudah halal menjadi isterinya. Allah , hanya Dia yang tahu bertapa h4ncurnya hati aku sekarang.
Sekejap lagi suami aku akan pulang , hati aku berdebar kuat seperti akan terjadi sesuatu yang tak elok. Aku bersump4h , sekiranya bukan diri aku yang diperkatakan , dirinya akan susah sehingga m4ti.
Walaupun aku kata ingin bercerai , tetapi sebenarnya aku takut ingin menjadi j4nd4, aku takut melukakan hati ibu bapaku yang pernah menangis kerana kesalahan aku. Mohon doa kalian untuk aku diberi kekuatan apa yang akan aku lalui sebentar lagi.
Mohon jua pendapat kalian apa y perlu aku lakukan. Aku rasa terhin4 , aku rasa seperti seorang yang j1j1k dari mata suami aku.