Dipendekkan cerita minggu lepas aku ada suarakan tentang  masalah ni pada suami tapi malahan suami marah ak

Salam. Boleh tak kat sini saja nak luah perasaan. Aku nak story skit kisah hal mak mertua. Kita pon sekarang zaman semua di hujung jari ni kan? mesti anak menantu anak cucu ber ‘friend’ di laman social kan?

aku pelik sepanjang aku kawen hmpir2 10 tahun la jugak mak mertua aku ni tak pernah like dan comment post aku.

(dengar memang lucu) sedangkan anak2 dia yakni kak ,abang dan adik2 Ipar aku sering pulak dia berkomen baagai. Ok menantu lain pon dia komen..

Ok sorang ja tak. Memang la benda kecik saja. Tapi kadang2 post aku pasal kejayaan dan keletah anak aku tak pernah dia komen or like. Kat cucu2 lain beria sangat ucapan dia.

Pastu kalau bab cucu2 lain dan anak2 dia di laman social boleh pulak dia cerita kat aku. Kat situ aku boleh nampak dia lebih trtarik hal mereka dari aku. Aku sedih kat situ ja min.

Selama aku jadi menantu dia, tak pernah aku dapat ucpan2 yang murni dan bagi aku kalau dia taknak komen tak payah komen terus dengan yang lain. Kenapa kt orang lain boleh?

Aku tak boleh? Mesti korang yang bca pon akn cakap hal kcik ja. Tapi aku nak jgk tulis rasa macam nak tag ja mak mertua aku. Aku harap sangat mak mertua aku tu trsa dan baca.

Sebab dia pon ada dalam ni min. Dipendekkan cerita minggu lepas aku ada suarakan tentang  masalah ni pada suami tapi malahan suami marah aku dan mengatakan aku seperti kanak2 yang kurang perhatian.

Ya suami aku memang baik, apa aku nak, apa masalah aku memang dia jd pendengar dan penasihat yang sempurna. Tapi kalau tentang ni, dia malah salahkan aku. Ya allah. Rasa nak bercerai sahaja.