Dipendekkan cerita 1 hari bos arahkan saya ke pantai timur menggantikan tempat sorang staf dia bersalin disana selama semingu

Salam.Kisah saya panjang sikit. saya dari utara tanah air. suami pula selatan. Tolong jangan kecam. Ini sekadar luahan. Aaya dan suami bercinta 2 tahun. mil orang berada. Fil dah lama meninggal. ayah ibu saya orang susah. saya banyak terhutang budi dengan suami dan mil sebelum nikah. Selepas nikah 3 tahun saya dan suami masih tak dapat zuriat. Mil selalu hina saya, suami pun saya. kadang2 sekali ayah ibu saya suami hina.

Suami baran, walaupn tak pernah naik kaki tangan tapi mulut suami saya macam longkang. saya bersabar sebab saya banyak terhutang budi dulu. Dipendekkan cerita 1 hari bos arahkan saya ke pantai timur menggantikan tempat sorang staf dia bersalin disana selama semingu. Tanpa saya duga saya terjmpa ex saya, saya namakn dia M. Ex sudahpun kahwin anak 2 dan dia kata dia masih sayangkan saya macam dulu.

Dia mnta maaf sebab tingalkan saya. Saya kata tak apa la. kita berkawan macam biasa. hari ke5 disana saya bergaduh besar dengan suami dalam fon. macam2 dia maki saya. saya sedih sangat. kebetulan saya jalan2 tepi pantai M datang sebab itu orang selalu pesan jangan luah apa2 masalah pun kalau bukan muhrim. Ada sebabnya syai tan bijak mencari peluang.

Tanpa sengaja saya terluah masalah saya dekat M.sebab saya anggap dia kawan saya yang rapat. M pandai ambil hati saya. setelah saya ok M ajak saya selfie untuk kenangan katanya. malam tu M whatsapp saya. terkejut saya M edit gambar kami macam orang bercinta. saya marah, saya suruh M padam. saya block M. esoknya pagi2 M datang bilik saya. dia minta maaf sangat2. saya tak bagi dia masuk dia tolak pintu bilik saya.

Dia kata dia dah nak balik kL. dia minta nak peluk saya. buat kali terakhir. Saya tak bagi. Then dia ugut nak send pic kami kat suami. Saya takut. saya relakan lepastu dia ajak saya bersama, saya tkut dan merelakan. Setelah M pergi tanpa diduga suami datamg malam tu. Suami mohon maaf berkali2 atas apa yang berlaku. Selepas sebulan saya pregnant. suami dan mil seronok sangat2.

Saya? masih dalam dilema. selepas saya preg suami banyak berubah. makin hari makin baik. mil pn sama. layan saya macam raja. Saya betul2 serba sala. Seebulan lepas saya bersalin M bekerja selang sebuah saja dari ofc saya. Saya ingatkan tamat sudah kisah kami. M tekah cerita tntang saya di ofc saya. dia siap tunjuk lagi pic kami. jahat sguh dia sampai emua orang pulaukan saya tanpa tau cerita btul. Saya diamkan sj sebab takmau suami tau.

Baran suami ta kboleh bawa bincang.M kata saya kandungkan anak dia, saya pekakkan telinga sebab saya kena kerja untuk sara family di kampung. pernah terlintas untuk gugurkn anak ini. Tapi saya takut sebab nak ni tak salah. suami pula banyak berubah sejak anak ini lahir. manusia suka sangat mghukum tanpa tau kisah sebenar. Lumrah. doakan saya kuat utk menempuhi hari2 akan datamg.

Saya tak kan sesekali bagitau suami kalau anak ni bukan anak kandung dia, Andai 1 hari nanti suami tau pun bukan dari mulut saya. Biarlah dari mulut orang2 yang beriman yang hanya bijak menghukum pendosa seperti saya. Saya sudah bersedia. Sampai mati saya takkan maafkan M dan pendengar2 fitnah dia yang lain. Tq sebab siar min.