Dia selalu bcerita pasal Ona kat saya, Ona ni saya gambarkan seorang gadis yang berpelajaran comel baik walaupun

Min, saya nk luahkn prasaan. Kisah ni bermula 13 tahun yang lepas. Pertemuan. Lepas abis sekolah menengah saya ikut family berpindah, saya bekerja disebuah kedai, saya berkawan baik dengan seorg lelaki yang bekerja ditempat yang sama. kami berkawan dan mengenali hati budi masing2 tanpa Ada prasaan yang lebih dari itu.

Dia selalu bcerita pasal Ona kat saya, Ona ni saya gambarkan seorang gadis yang berpelajaran comel baik walaupun kadang2 tu macam ego sikit. tu biasala.
Dan masa tu tengah amik degree. Bila cuti sem, Ona blik ke rumah dan selalu singgah ke kedai, kadang2 tu saje datang borak2, saya happy tengo diorang, seolah2 cinta yang baru nak berputik. Tenang je.

Ditakdirkan mak dan ayah saya menggal dunia selang semggu. Saya jalani kehidupan sebagai ank yatim piatu, sebatang kara. Kawan lelaki saya tu suarakn hasrat Dan ajak saya kawin. Saya yang tengah sedih, kekosongan. Terima bulat2 kehadiran dia, memandangkn dah bertahun kenal dia sebagai kawan masa tu. cinta? TAK tau. Kami bernikah dalam mjlis serba sederhana. Dan bmulalah perpisahan antara suami dengan Ona.

Tahun berganti tahun, saya selalu teringat kat Ona, dari cerita2 suami, dari pertemuan kami lepas kawin, bila saya tengok pandengan Ona kaat suami dah macam kajol tengok Rahul dalam filem kuch2 hota hai tu. Sayu je rasa. Saya selalu rasakan seolah2 saya yang menyebabkn mereka terpisah. Saya tak tau kenapa, saya selalu merasakn yang suami berhak bahagia dengan Ona..

Saya slalu rasakn, seolah2 ape yang suami lakukan hanya lah sifat tanggungjawab dia terhadap saya. Berkahwin dengan saya untuk selamatkn saya, untuk lindungi saya yang keseorangn. Kadang2 saya mencari cinta suami. Betul ke untuk saya.

Walupun Kami sama2 bekeje, tapi kat rumah ia ringan tulang dari pelbgai sudut. Suami bukanlah seperti kebanykan lelaki yang suka melepak tak tentu hala, yang galak dengan ppuan2 diluar. Adakah saya perempuan yang tak tau bersyukur? Hanya kerana merasakan seperti ini?

Kini sudah 13 tahun berlalu, kami belum ada rezeki anak walau pelbagai usaha dan cara kami ikhtiarkn. Dan Ona, hilang tanpa khabar berita. Saya pernah tanya kat suami, pernah tak cari ona kat socmed, dia cakap pernah, tapi tak jumpa. Saya cakap usaha la lagi, manatau boleh jumpa. Saya tak pernah cemburu dengan mereka berdua dulu.

Saya selalu merasakn yang mereka berjodoh.. tapi takdir Allah, jodoh saya dengan suami. Dan kini saya tetap0 berharap mereka dapat jumpa semula..
Ona, kalau awak masih belum berpunya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *