Dengan isteri pertama beliau ada anak sepasang berusia 5 dan 2 tahun yang sebaya dengan usia anak saya nombor 6

Salam min saya ada kisah yg amat berat dan minta mohon pendapat warga krt kisah saya ni amat2 memberi kesan pada saya sekarang ni nak di luah mti anak nak di telan xmampu Saya seorang ibu tunggal anak 6 dan bercinta dengan lelaki yg sama iaitu status sebenarnya baru di ketahui suami orang 2 tahun kami bersama and then baru tahun ni bulan 7 kantoi semuanya die berstatus suami orang saya bagaikan percaya dan tidak percaya luluh hati ni sebagai mahunya kerana dah sayangkan dia

Dan silapnya kami dah beberapa kali terlanjur dan dia mohon bertanggung jawab menikahi saya. Hari demi hari kandungan makin membesar tapi makan masa prosesnya sebab hingga sekarang pon belum bernikah dan menunggu bila hendak nikah mungkin faktor keewangan yang menjadi masaalah sehingga lambat bernikah. Saya amat2 buntu kerana sekarang tnggu hari untuk bersalin dan kemungkinan bersalin dalam bulan 2 ni awal bulan.. tapi saya dapat rasa tarikh bersalin tak ikut due kerana sekarang pon kerap2 sakit bahagian peranakan saya

Strt dari bulan 7 saya hidup stress sampai sekarang ni menunggu kata putus dia akhirnya seminggu lepas saya amik kputusan untuk bagi tahu belah family isteri pertama beliau. Dan bagi tahu adik lelaki beliau awal nya mereka terkejut dan tak percaya akhirnya saya tunjuk bukti gambar scan bby dan minta buat ujian dna kalau tak percaya sebab kalau nak diikutkan penampilanĀ  si A ni jauh beza nak di ikutkan dengan kelakuan nya. beliau memang caring soft spoken dan pandai mengambil hati.

Dengan isteri pertama beliau ada anak sepasang berusia 5 dan 2 tahun yang sebaya dengan usia anak saya nombor 6 Sekarang ni saya amat buntu sangat2 kerana isteri beliau belum tahu hal yang sebenarnya higga kini. Dan mak kepada isteri beliau minta rahsiakan dari pe getahuan family lain dan si a berkata pada mak mentua beliau yang beliau akn selesaikan Hal bersama saya Hari ni 1hb 1 2021 telah kantoi semua nya dengan makcik saya yg merasa pelik dengan situasi saya kerana masa hendak ke tandas pagi tadi beliau perasan kdaan perut saya yg besar semacam.

Beliau paksa menceritakan apa sbnarnya yg berlaku saya diam tanpa mnjawap apa2 saya diperlakukan macam orang takda perasaan saya cuma diam dan menangis sahaja. Makcik saya bagi masa dalam minggu ni sahaja untuk saya berterus terang tentang semuanya saya pon buntu sebuntu2nya kerana buat masa sekarang tidak bekerja tengah sarat. Sekarang ni saya mnta pandangan yang lain kalau bole hangan lah kecam saya kerana saya pon tggu hari hendak bersalin sekarang ni.

Saya buntu sebuntu2nya samada hendak meneruskan lg hubungan ini atau hendak bg orang bayi ni sedangkan masa yg sana saya dan dia amat mahu babby ni tapi saya yang buntu2nya. Minta komen yg murni2 kerana saya sedar saya dan dia dah berbuat salah sekarang ni n yg jdi mangsa keluarga kami msing2. Tolong bantu saya admin dapatkan pandangan mereka.