Ceritanya situasi saya memang kucar kacir sehari sebelum ramadhan saya dapat tangkap suami tidur dengan seorng janda anak 3

Assalamualaikum admin, mohon share kisah rakan saya ni. Mohon hide nama saya. Saya cuma nak mintak pendapat dari kawan2 semua apa saya patut lakukan?
Ceritanya situasi saya memang kucar kacir sehari sebelum ramadhan saya dapat tangkap suami tidur dengan seorng janda anak 3  yang dikenalinya melalui group cari jodoh.

bermacam2 janji manis ditabur dan saya ringkaskan saja ye sahabat2 semua saya tak boleh terima apa yang suami buat tapi mengenangkan anak 6 orang ni saya sabar lagi masih dia rumah lagi ikutkan hati memang saya nak angkat kaki tinggalkan dia.

Ini bukan sekali dua dah tapi banyak kali bila saya tanya kenapa buat macam ni dia kata saya tak cntik, saya tak jaga diri, saya tak menarik, saya buat dia hilang selera kononnya. sebab tu dia sibuk mencari calon istri yang cantik bergetah putih gebu.

Memang saya h0do0, saya berkulit hit4m manis, serba serbi kurang la orang cakap dia jadikan isu untuk dia kawin lain selain tu dia bagitau rimas dengar saya jerit2 sebab saya selalu marah anak. Sahabat semua macam mana saya tak jerit kalau semua tanggungjawab semua dibahu saya

Saya buat semua sendiri dari anak2 lahir lagi tak penah susahkan dia sebab apa? Sebab bagi saya saya cuba tak nak susahkan dia. Disebabkn kekurangan saya. Saya nak tutup kelemahan dan kekurangan saya denga cara tidak menyusahkan dia.

Saya ingat semua akan buat dia lagi bertambah sayang rupanya salah saya tetap buruk dan hod0 dimata dia, dia cakap selama kawin dia tersiksa merana sakit mata tengok saya,

sahabat semua saya ni nak mandi makan pun tak macam orang lain kehulu kehilir nak mandi pun ada yang dok tunggu kat luar nak makan pun tak boleh tenang 
macam2 ubat kurus saya beli.

Nak saya kurus cantik gebu dalam masa singkat? Macam mana tu kalau dia bntau saya sama2 kerjasama mungkin tak jadi macam ni, ni kadang nak pergi shopping pun tudung tak iron.

Tak sempat dah hon bagai sedang kan nak keluar tu bru dia cakap mana tak kelam kabut dengan 6 askar yang kecik2 ni. Untuk pengetahuan semua anak saya umur 10-1 tahun dan sekarang hamil 6 bulan.

sekarang kami bergaduh dia suruh saya balik kampung kononnya untuk jaga ayah saya alasan apa tu saya mintak duit nak balik kampung dia tak nak bagi. saya mintak diceraikan dia bagi macamm2 alasan.

Sekarang saya cuma nak mintak pandangan semua apa ptut saya buat apa yang patut saya lakukan, kesian anak2 saya masih kecik Tolong admin n sahabat bntu saya bagi pendapat. Saya jgk cuma seorng suri rumah saja.