Ceritanya selepas grad emak suruh saya cepat2 kahwin sedangkan saya memang sudah ada pilihan sendiri

Assalammualaikum KRT. Saya ada nak buat luahan sikit. Minta hide profile saya ya. Ceritanya selepas grad dari University dan lepas mendapat kerja emak suruh saya cepat2 kahwin sedangkan saya memang dah ada pilihan saya sendiri, boyfriend saya pada ketika itu hanya org biasa2 saja tapi saya tak pandang semua itu.

Memang saya dalam kalangan golongan org berada dan terpelajar manakala boyfriend saya hanya org kampung saja, mak ayah kerja biasa, kdg mengharapkan bantuan dari kerajaan tapi saya dan keluarga tak pandang semua tu.

Saya telah dididik untuk melihat pada hati dan bukan pada pangkat atau harta. Jadi saya pun berkahwin dgn dia pada usia yg agak muda jugalah sebab dalam kalangan rakan2 saya yg naik pelamin dulu.

Selepas 2 bulan kahwin saya hamil. Kami mendapat rezeki awal mungkin kerana sewaktu berkahwin saya ada niat dalam hati, saya berkahwin ni utk segera menimang anak.

Jadi selepas mendapat anak pertama iaitu anak lelaki mak mertua saya bersuara nak menjaganya. Saya ok saja sebab cucu pertama kan, jadi mungkin mereka agak teruja. Mereka menjaga anak saya dgn begitu baik sekali dan sgt manjakan dia.

Apa saja kemahuan cucu lelaki ni mereka penuhi. Sampaikan kadang saya sebagai ibu nak juga mendidik cara saya iaitu agak tegas sikit tapi selalu dimarahi oleh mak mertua saya.

Anak lelaki saya mmg sgt rapat dgn neneknya kerana mereka menjaga dia dari sejak lahir sehingga umurnya sekarang 8 tahun. Bila dah besar ni saya lihat anak lelaki saya kurang mendengar cakap saya sehinggakan dia melawan cakap saya.

Saya sangat kecil hati. Sebab cakap saya dia taknak dengar. Saya juga kadang ingin mengajarnya supaya hidup jgn terlalu mewah. Supaya dia tahu apa itu erti kesusahan.

Setiap kali dia ke rumah neneknya, dia akan meminta atuk dia membelikan barang mainan, makanan ringan atau apa saja. Saya kurang selesa anak saya berbuat begitu sebab saya tau keluarga mertua saya pun bukan senang sangat.

Ya memang kami ada beri wang tiap2 bulan tapi itu utk belanja mereka. Sebab belanja anak saya, saya dah asingkan. Tapi keluarga mertua tetap juga nak manjakan dia sampaikan jika anak saya tak dpt brg tu dia akan merajuk, tarik muka dan buat perangai.

Saya yg tengok pun rasa geram. Sebab sejak kecil keluarga saya tak didik saya mcm tu. Saya sgt terkilan bila suami saya hanya ikutkan saja mak dia sampaikan dia pun biarkan saja anak dia.

Adik ipar saya ada 2 org anak, mereka manjakan juga sampai budak tu dah besar jadi kurang ajar dgn org tua. Saya taknak anak saya jadi mcm tu.

Saya nak anak saya ada budi pekerti, tak mengharapkan balasan, bukan meminta-minta dan jalani hidup yg biasa saja. Saya risau akan masa depan dia. Saya harap anda dapat beri pandangan bernas pada saya. Saya sgt buntu. Terima kasih.