Ceritanya saya baru berkahwin tahun lepas Masa tu suami baru balik dari SG ada suarakan pada saya nak buka bisness tapi tak ckup modal

Assalamualaikum admin. tolong siarkan kisah saya ni. Nak minta pendapat siapa yang berpengalaman mcm saya..

Ceritanya saya baru berkahwin tahun lepas Masa tu suami bru balik dr SG dia  suarakan pada saya nak buka bisness tapi tak ckup modal.. saya serba salah dan kesian juga.. dah suami kan..

Saya pon baik hati suarakan pd husband saya tak mampu nak tolong awk skrg, saving saya pon tak sebanyak amount yang dia perlukan..

Saya ckp dkat husb kalau buat personal loan dia boleh bayar balik tak duit saya? Husb cakap dia akan bayar berjanji bersumpah bagai.. Saya akur, saya ke easy rhb buat loan atas nama saya. Lulus 13k.

Terus saya transfer duit tu pd husb. bayaran selama 5tahun, cmpur interest smua 22k. okey bulan pertama kedua dia dia bayar. Bulan2 seterusnya dia culas bayar duit personal loan tu..

saya cakap kat husb bsness pon tak jadi sebabkan pendemic ni… bukak restoran pon akan lingkup time2 ni. Apakata bagi balik smua duit personal saya. saya bayar balik dkat bank..

Lepas tu dia cakap duit tu dia dah masuk kan dekat akaun public gold dia.. weii sedih nya. duit tu bukan duit awak bukan duit saya.. Cuma saya pernama shaja untuk loan tu. dah tak guna bayar balik pd bank.

Kenape awak masuk lan dalam account public gold awk? Dia kata dia takut terguna tu yang dia masuk kan duit tu dalam public gold.. saya mintak smpai skrg duit tu dia tak bagi..

mcm2 putar belit cerita dia. Allah. niat saya baik nak bantu suami. saya diuji suami penipu, putar belit dan anaya isteri nya sendiri.

orang yang saya serahkan kepercayaan saya. orang yang saya anggap tempat saya menumpang kasih dan melindungi saya tp anaya isterinya sendri. saya berkali2 gaduh dgn husb pasal ni, dah berkali2 juga suami mempertahan kan duit dan menceraikan saya dgn talak 3.

Hari khamis ni keputusan mahkamah untuk penceraian luar mahkamah saya. Harap keputusan memihak pd saya dan ini yang terbaik Allah swt tentukan.

Saya dah ada buat research klau saya nak tuntut smula duit saya, perkara ni akan pergi ke Mahkamah Sivil. Sebab ni dah kes scam dah ni.. Masalahnya kena appoint lawyer untuk fight kes ni..

Tentu2 la husb yang akn menang.. Dia duit byak, dalam account public gold dia ada 900k. Semalam baru saya jumpa statement public gold dia…jumlah Gold change tu RM harga semasa 900k lebih.

Tak cmpur silver la dinar ape semua.. Saya tak faham. Saya kira balance gold shaja. Umur dia sebaya saya 29thn..  Saya dianiaya suami sendiri.. Saya taktahu nak buat mcmne lg..

Hanya Allah je yang mampu membalas nya… Terhenti sudah doa seorang isteri pd suami nya. Byk sgt penipuan. Putar belit. lnsung tak ada kejujuran.. nafkah langsung la mundur…

nasib la saya ada kerjaya. mampu lg nak tanggung diri, anak angkat , rumah kereta belanja.. Sampaikn dia pon saya yang sponser.. berlagak misk!n papa kedana sebab sayang nak pakai duit public gold..

sanggup tak makan tau.. memang kali pertama dalam hidup saya jumpa manusia yang HAMBAKAN DUIT. Boleh bagi cadangan tak apa yang perlu saya lakukan?  Yang Benar, Isteri Terania yaIsteri kena Sc4m