Ceritanya dalam group ni ada sil dan mil saya so bila saya komen mesti dorang akan direct wsp saya

Hai admin. harap dapat hide kan profil saya ye. Selama ni saya rajin komen2 dalam ni tapi semuanya hanya komen biasa2 dan takde niat untuk mention sesiapa pon.

saje suka2 untuk isi masa lapang la katakan tapi niat saya disalahertikan oleh orang lain. Ceritanya dalam group ni ada sil dan mil saya so bila saya komen mesti dorang akan direct wsp saya nasihat la konon aphal komen2 macam tu.

so apa masalahnya kan? ada terasa ke padahal saya tak pernah mention sesiapa pon. ye betul saya ada sedikit masalah dengan suami saya tapi saya tak pernah post atau cerita kat sape2 hanya skadar pendam sendiri je.

Saya dapat tau sebab saya slalu tnampak sil dan mil akan ss komen saya dan bagi kat suami. Apa faedah yang dorang dapat ek? lagi satu yang adik ipar ni plak sejenis ngade2 nasihat tu ini kat saya. Apa hak dia untuk masuk campur.

Cerita lain plak baru2 ni saya trasa hati bila suami dapat duit kwsp yang 1k tu. Harap dapat la sikit bagi saya. Suami ada la beli barang2 dapur semua. Alhamdulillah.

Pastu saya ada mtak duit ckit sebab saya tak cukup duit untuk buat modal bniaga dan bayar duit kvtv. Pecah rahsia bahawa duit dia kawan dan adik dia tu dah pinjam dulu. Allah hancur sangat hati saya kenapa mesti saya sebagai isteri ni bukan menjadi keutamaan.