Ceritanya bermula bila ayah saya baru sahaja meningal ibu saya tinggal seorang dikampung dan dia masih lagi boleh uruskn diri sendiri

Assalamualaikum dan terima kasih min sebab sudi siarkan. Luahan hati saya ni bukan untuk mengadu domba, bukan untuk mengutuk membuka pekung didada.
Ceritanya bermula bila ayah saya baru sahaja meningal ibu saya tinggal seorang dikampung dan dia masih lagi boleh uruskn diri sendiri walaupun umur menjangkau 70 tahun. Ibu saya ni ada penyakit cerewet dan was-was yang memang tak boleh dibendung lagi.

Saya teringin nak jaga ibu saya dirumah sendiri. Tapi yang menjadi masalahnya, suami tak setuju. Mungkin kerana cerewetnya ibu saya tu. Dan kalau dirumah ibu sendiri, ibu suka menyuruh2. Semua benda ibu tak nak buat sendiri dan suka mengharap anak-anak yang buat. Sifat cerewet dan menyuruh2 itulah yang menimbulkan rasa tak selesa suami saya.

Masalah ini menjadi punca saya minta dilepaskan.  Saya dah tak tahan hidup macam ni. Saya tersepit antara suami dan ibu. Ibu pula hanya mahu tinggal bersama anak perempuan sebab boleh menyuruh2, dan susah nak menyuruh2 menantu perempuan. Kalau mak call, memang saya elak ataupun bercakap depan suami, dikhuatiri di marahi suami.

Ibu pernah mengadu, “nak duduk dengan anak perempuan, tapi menantu tak pernah ajak pun, diam je”.. Bila hujung minggu, suami memang tak nak balik kampung jenguk mak. Saya drive seorang diri setiap minggu, berlelah2.

Macam mana warga KRT? Saya serba salah. Perlu ke saya teruskn hidup macam ni. Hati saya tak kuat. Keadaan tertekan saya ni mendorong saya mengunci diri dalam bilik, off telefon sebab takut mak call.

Saya tak nak jadi anak derhaka. Tapi dalam masa yang sama saya dengki tengok orang lain boleh jaga mak dirumah sendiri. Kenapa saya tak boleh?
Kenapa suami marah isterinya menjaga ibunya sendiri? Seolah-olah dia meracuni fikiran isterinya membenci ibu.. kenapa?