Bulan berganti bulan kes penceraian mereka telah selesai namun masalahnya suami saya masih lagi dengan pendiriannya

Salam KRT tlg hide fb saya. Terpanggil untuk mnceritakan pengalaman diri. Saya telah nikah dengan seorang duda yang mana saya juga adalah seorang janda.

Ketika saya mengenali suami beliau telah bercerai dan kami menjalinkan hubungan yang serius tapi dalam diam saya tak tahu sebenarnya kes penceraian mereka masih dalam proses walaupun dia telah melafazkan taklik sebelum mengenali saya.

Setelah di beritahu sendiri oleh bekas isterinya dan menegaskan mereka masih tingal sebumbung saya merasa amat bersalah dan mengamvk kerana rasa tertipu.

Tapi satu tahap saya menepikan ego saya untuk menerima untuk jadi no 2 kerana cinta dan tak mahu rasa pentingkan diri sendiri.

Walaupun suami di tekan oleh keluarga supaya tidak melepaskan yang pertama kerana mempunyai anak bersama dan keadaan bekas isteri yang ada penyakit kronik kmi bertiga sepakat untuk btolak ansur.

Malangnya isteri pertama telah menik4m saya dari belakang sehingga saya ditukarkan ke negeri lain. Hari demi hari hubungan saya dengan suami semkin erat walaupun berjauhan.

Namun suami telah nekad sekiranya salah seorang tidak mahu terima untuk bermadu, dia akan lepaskan kedua2nya.

Bulan berganti bulan kes penceraian mereka telah slesai namun masalahnya suami masih lagi dengan pendiriannya walaupun tidak mahu melepaskan saya untuk hidup dengan lelaki lain.

Akhirnya satu masa suami nekad untuk menikahi saya namun mnjadi dilema pada diri saya apabila bekas isteri dan bbrapa ahli keluarga mganggap saya perampas.

Saya sangat sedih kerana mereka tidak berada dalam situasi saya. Saya di hentam sehingga saya sendri di pndg serong oleh orang skeliling.

Bekas isteri suami pula seperti tidak mahu mnerima hakikat yang dia telah di ceraikan. <span;>Sebelum kami berkenalan dan masih menegaskan pada saya yang suami saya masih myayanginya.

Hal ini sedikit sebanyak menekan perasaan saya walaupun saya tahu kelebihan saya di mata suami. Saya tidak pernah menghalang suami menghubungi anak berjumpa dan menunaikan tangungjawab nafkahnya.

Tetapi saya tidak tahan di ps yco oleh bekas isterinya yang sering post d fb memerli serta mmburukkan saya pada orang skeliling.

Apa perlu saya buat untuk mempertahankan hal saya? Perlukah saya buat report atas akta gangguan orang ke 3?