Bukan tidak pernah aku menegur isteri supaya tidak berkelakuan begini bilamana lelaki berkenaan tidak sopan untuk datang kerumah

Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku jaga hati aku sendiri, buang jauh jauh perasaan sayang dekat dia sebab selama aku hidup sebagai seorang suami aku rasa banyak telah aku korb4n kan untuk menghalalkan hubungan ini.

Aku bagaikan seorang yang banyak menagih sayang dan perhatian dari si dia.
Sama juga dengan berkenaan hubungan kel4min, aku hanya banyak bertepuk disebelah tangan. Banyak pergaduhan berakhir dengan ungkitan pedih dipergaduhan yang seterusnya.

Maka setiap pergaduhan yang telah selesai akan disimpan sebagai bahan untuk diungkit pada pergaduhan seterusnya.

Bukan tidak pernah aku menegur isteri supaya tidak berkelakuan begini bilamana lelaki berkenaan tidak sopan untuk datang kerumah sesorang perempuan tanpa meminta izinnya atau suaminya kerana ada seorang lelaki ingin berjumpa dengannya pada waktu malam atas urusan kerja

tetapi si dia tidak meminta izinku untuk berurusan dengan lelaki berkenaan sebaliknya hanya berbalas whatsapp untuk menyelesaikan urusan tersebut malah lelaki tersebut sudah sampai dihadapan rumahku. Bayangkan kalau aku keluar pada ketika itu mungkin perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Apabila ditegur aku pula dimarahinya dengan begitu rendahnya martabat aku sebagai seorang suami. Aku layak dilayan dengan baik, aku tak mender4nya, tidak memvkulnya tetapi sidia selalu berkata dia banyak menangis dan tidak ceria seperti dahulu dan tidak macam isteri biasa.

Aku banyak dibanding bandingkan dengan teman lelakinya sebelum ini. Aku lebih tua darinya tetapi aku dilayan seperti budak kerana selalu menaikan suara kepada ku di setiap kali pergaduhan. Hubungan perkahwinan ku baru mencecah tahun ke 2..

takut untuk aku akui bahawa perkahwinan aku mungkin akan berakhir dengan talak sekirannya perkara ini tiada kesedaran oleh sidia.

Rumah yang aku sediakan dengan bertungkus lumus tidak dihargai oleh si dia dengan memberi tahu ibu bapanya yang kami duduk dirumah sewa hanya untuk mengelakkan ibunya berang kerana mungkin akan duduk di Johor pada masa yang panjang kerana telah membeli rumah si dia anak perempuan tunggal dari 4 adi beradik Segala urusan pembelian rumah, duit,

masa dan usaha aku menyediakan kemudahan fizikal untuk masa depan seperti dipijak pijak oleh sidia. Maruah aku banyak dicalarkan oleh perempuan ini. Hati oh hati mana kah kau pergi. Isteri aku yang Belajar pandai pandai tetapi urusan menjaga hati pasangan sangat mendukacitakan.

Perkara ini tidak boleh diajar secara langsung , urusan menjaga hati pasangan sepatutnya seiring dengan kematangan seseorang. Inilah perempuan yang paling tidak matang dimata ku. Diriku kini semakin tertekan dan emosiku tidak terurus. Semoga pernikahan ini ad jalan penyelesaian satu hari nanti.

Aku tidak mahu menjadi seorang yang panas baran tetapi apabila bertemu dengan si dia aku perlu jadi lebih garang untuk menegur si dia. Mungkin hayatku akan berakhir dengan serangan jantvng dan d4rah tinggi..