Bila suami dah balik semula kesini, dia stil bercontact dengan perempuan tu dan perempuan tu tetap layan dan respon dengan baik

Salam min..hidekan profile ku. Hai semua warga krt. Ku sangat perlukan sokongan dan kata2 semangat dr korang semua. AKu cuma nak meluah. AKu dah berkawin cukup 4 tahun. Selama 4 tahun nie la ku pjj. Tapi tahun ke 4 perkahwinan ku kali nie berat sungguh ujian ku terima. Suami ku mengaku curang! Allahu. pedih atiku hnya Allah je tau.

Aku ringkaskan luahanaku. kalau nak di luah rasa tak cukup page.Yang membuatkan aku tak bole terima kenyataan dia curang sebab pilihan dia tu. Ku pernah bagitau dia jika ada niat hendak poligami pastikan pilihan maduku tu baik dan logik diterima. Masalahnya, dia suka janda anak 2 yang pernah bercerai dua kali berturut2. Bila dia bagitau ku rasa macam sesak nafas.

Nafasku sesak bukan pasal dia nak poligami tapi pasal calon tu Ya Allah. Kadang2 ku trfikir  suami ku nie tekena ilmu pengasih ke. Kisahnya mula apabila dia kena pegi betugas ke negeri lain selama 6 minggu. Dia ckp 1st time dia terpandang mata perempuan tu trus menusuk hati. Bak kata pepatah dari mata trn ke ati gituu.

Sejak dr tu dia asik tingat je perempuan tu. Dan lagi seronoknya bila dia ada kerja yang perlu kerjasama dari perempuan tu. Dari situla bibit cinta lagi bersemi. Dia rasa kesian dengan perempuan tu walaupun dah menjanda 2 kali, tetap bole bangun bekejaya. Dapat tau pulak pmpn tu ada cannceer. Lagi dia kesian.  Yang ku heran sekelip mata jatuh cinta.

Bila suami dah balik semula kesini, dia stil bercontact dengan perempuan tu dan perempuan tu tetap layan dan respon dengan baik walau dia tau tu suami orang. Dan cinta suamiku berakhir apabila dia bagitau perempuan tu dia nak minta izin aku sebab nak kawin dengan perempuan. korang rasa suami aku boooodo ke gilee?

Dan apabila suamiku beterus terang macam tu terus perempuan tu bagi tau jawapan dia anggap suamiku kawan biasa.  Habis tu selama nie ko bercintan cintut tu apa. Dan lagi yang membuatkan ku hairan suami aku bole beterus terang dengan ku dia curang.. kalau laki lain baik diam2 kan.. bila aku tanya kenapa nak terus terang, kan bole je diam2. dia kata tiba2 dia rs amat besalah sangat kat aku.

Owhh time terjatuh cinta bagai tak rasa bersalah. dia ckp dia memamg angau gila kat perempuan tu sampai ada satu tahap dia nak buat kerja pun tak bole asyik teringat je. terbayang2. Dia ngaku prnh utk tak contact perempuan tu tapi tak bole dia ckp. Jadi warga krt apa prlu ku lakukan? Biarkan sj suamiku terus angau atau suami ku telah tekena ilmu pengasih? Terima kasih ats semua respon warga krt.