Bila dirumah isteri tua suami hanya tidur di ruang tamu dan untuk membuktikannya suami akan VC dengan saya setiap malam hingga saya tertidur

Hii admin please hide my profile. maafkan saya jika confess ini terlalu paniang. Saya berumur 26 tahun, bekerja. berkahwin 2 tahun dan belum punyai anak. Ada degree. Saya cantik paras rupa tapi bukan tu saya nak crita. Suami saya seorg jurutera di syarikat terkemuka. Saya adalah seorang yamg bermadu tapi tak tidak juga merelakan.

Saya juga tak tahu sama ada saya isteri nombor 1 atau nombor 2 sebab ada orang kata saya perampas suami orang tapi sungguh saya bukan perampas.
Semasa saya kenal suami mereka dalam situasi turun naik mahkamah bahkan mereka juga pernah bercerai sebelum ini.

Hampir 5 bulan selepas itu saya terima lamaran suami saya. Saya berkahwin dengan suami selepas mereka bercerai dan hampir sebulan melayari rumah tangga suami mahu merujuk semula isterinya dengan atas alasan anak. Pada mulanya saya hampir jdi gila sebab saya tinggalkan segalanya untuk berkahwin dgnnya.

Selepas itu kami sering bergaduh bahkan saya sering salahkan dia dalam semua benda. Madu saya tak pernah ada maslaah dengan saya bahkan dia sntiasa redha dengan perilaku suami. Dia juga sangat takut akan suami saya. Dia tak boleh buat sebarangan jika tak mereka akan bercerai kali ketiga.

Madu saya seorg suri rumah. Anak mereka ada 3 orang tapi saya rsa diri ini sangat tidak adil dan diperlakukan sebegini. Mereka rujuk tanpa berbincang dengan saya. Kalau saya tau mereka buat sebegini saya tak kan berkahwin dengan suami saya.  Saya ckup segalanya tpi fitrah wanita benci apabila berkongsi.

Bahkan madu saya juga pernah berkata selepas rujuk dia tak pernah tidur dengan suami dan suami saya juga mengaku perkara sama. Dia tak berselera untuk bersama dengan bini tua dia. Bila dirumah isteri tua suami tidur di ruang tamu dan untuk membuktikannya suami akan VC dengan saya setiap malam hingga saya tertidur.

Ouhh yaa mereka rujuk sebab anak yg bungsu masih kecil (9thn) madu saya tak bekerja jdi dia korbankan hidup dia untuk anak2 bhgia. Ok sambung semula tdi crita pasal tido bersama, saya rsa macam mereka tipu tetapi untuk apa dia tipu. Madu juga menyebut perkara yg sama.

Saya buntu saya rasa penat dengan kehidupan ini. Madu saya duduk di bandaraya kl diberi rumah tapi sewa dan kereta yg mewah tapi suami tak sediakan rumah untuk saya diduduki n kereta tak diberi sebab saya ada kereta sndiri. Saya duduk dengan saudara saya. Kadang2 saya rsa malu sebab menumpang beliau

Setiap mnggu suami akan pulang le tmpat saya selama 5 hri dah selebihnya akan pulang ke tenpat madu. Ouh yaa suami saya seorg yg sangat cemburu tegar dan sangat unsecure terhadap lelaki2 di tempat kerja saya. Dia sntiasa ingt saya berlaku curang seperti mana perangai dia walhal saya tak pernah berbuat demikian.

Setiap kali mahu pergi kerja suami akan pastikan saya berpakaian sopan sehingga saya rsa diri macam makcik2 tua. Saya juga dilarang memakai liptick .powder even pelembab bibir juga dilarang kecuali diberi izin ber makeup apabila dgnnya

Memang bgus tetapi saya rsa tak conficent bila berhadapan dengan org ramai bila muka nmpk kusam. wanita berkerjaya mesti faham perasaan saya. Saya juga dilarang membeli baju baru, klau pakai suami akan suruh balik tukar baju lain.

Suami juga akan maki bila saya tak ikut ckp dia. Akan tengking2 saya. Saya bkn lah seorg isteri yg baik.  Jadi kat sni saya akan melawan. ya saya tahu berdosa sebab tu saya katakan disini saya penat dengan kehidupan macam ni. Melawan suami berdosa. Keputusan apa yamg saya harus ambil. Saya tak mampu lagi. Tolong lah saya