Bayangkan kami pernah bersama cuma 1 kali dalam dua tahun itupun disebabkan baru lepas gaduh pasal hal ni

Assalamualaikum Admin. mohon siarkan cerita saya yang dia bawa ini yang baru saya edit. Hi Min, umur saya 36 tahun ini. saye sudah mendirikan rumahtangge selama 2 tahun. dan belom mempunyai cahaya mata.

Saye kerap begaduh dengan suami berulang kali sebab 1 problem yang same. suami tidak memberi nafkah batin selama perkhawinan kami. Suami seolah olah tidak ade n4fsu dengan saye.

Bile saye tanye, die cakap die seperti tidak bern4fsu dgn saye.
Bayangkan kami pernah bersama cuma 1 kali dalam dua tahun itupun disebabkan baru lepas gaduh pasal hal ni,

kalau peluk cvim di r4nj4ng kita seperti suami isteri yang lain di luar sana cuma kita jarang bersama, antara alasan yang die pernah bagi pade saya, die ckp dia tak bern4fsu dgn saya entah kenapa,

tapi dia amat sayangi saya. bagi tahu kat saye. kalo korang kat tempat saye, 2 tahun kawen rasa terluke tak dengan alasan tu? kami da byk sangat begaduh pasal hal ni. Bayangkan, saye serumah, tido sekatil, makan semeje.

Perasaan saya rasa macam die cume housemate saya. Tak macam suami isteri. saya pon manusia, bern4fsu dan nakkan zuriat.

Setiap kali gaduh, isu ini adelah sgt sensitif utk suami. Sudah banyak kali suami berjanji setiap kali selepas bgaduh dari awal perkhawinan untuk merawat masalh ini tapi tak pernah di lakukan.

suami langsung mengabaikan masalah ni. saye penah cakap pada suami, masalah ni banyak menyebabkan pasangan suami isteri bcerai. saya masih sayagkan rumahtangga ni.

pendapat saya, kalo suami sayangkan rumahtangga ni, die mesti selesaikan masalah ni. bukan abaikan masalh ini then janji akan pergi berubat tapi hanya tinggal janji .

den janji lagi dan seterusnye buat kali keberape ratus kali untuk sedapkan hati saya.

Biarpun seharian kami bertemu diwaktu malam setelah penat berkerja, bagi saya jiwanya dan dirinya tidak bersama saya.

Terlalu banyak kali, saya cuba membuat langkah pertama seperti mendakapnya, merancang percutian di luar negara atau pun percutian di dalam negeri tetapi saya diusirnya dengan alasan dia tidak ada n4fsu terhadap saya.

Betapa saya amat tersinggung dengan sikapnya itu. Apakah hak saya sebagai seorang isteri disisinya? Jiwa saya begitu sebak sekali dan saya rasa putus ase sangat utk perjuang kan dalam rumah tangga saya ini.

Tapi sikap suami yang saya suka dia memang rajin dan cukupkan segala keperluan saya. Duit potongan isteri dia beri setiap bulan. Duit setiap bulan dan segala perbelanjaan rumah dan perbelanjaan cuti di luar negara ditanggungnya.

Awalnya kami merancang untuk tiada anak untuk 1 tahun tetapi saya berubah fikiran saya inginkn anak kerana itu naluri seorang wanita kan. Saya dah malas nk bincang hal ni. Kalau bincang dia kata salah dia tapi tak de usaha langsung dari pihak dia.

So saya lebih banyak diamkn diri.
Saya dah mula fikir bukan2 mybe dia ada perempuan lain tapi tiap malam dia dirumah. Hujung minggu kami jalan2.

Kalau dia nak kemana2 dia rajin bawak saya, dia juga rajin bawa saya melancong sana sini, so bila nya dia nk curang entah la wallahualam, Hp dia pulak dia selalu bagi saya check .

Selalu kalau melancong kita hanya habiskn masa bersia2 bersama sahaja. Saya yakin suami saya bukan seorang yang m4ti pvcuk cuma dia tak nak bersama dengan saya dan bila saya tanya dia kata dia sendiri tak tahu jawapannya kenapa dia tak bern4fsu dengan saya.

Skrg saya sendiri buntu, tercari2 dimana punca segalanya ni. Saya tahu dia bukan sengaja dayus tapi sampai bila dia nak siksa emosi saya macam ni.