Baru2 ni aku fb nampak ex aku dengan husband dia. Aku Cuba chat dan dia lepastu Aku tanya kenapa dia pergi dulu tapi Jawapan dia kerana keluarga

Salam admin .Tq post. Hidekan profile aku. Aku dah kahwin 4 tahun. Ada 2orang anak yang comel. Semua ok dengan isteri aku. Perkenalan dengan dia dulu sebab aku putus cinta betul2 down kena tinggal dengan ex.  Aku terima isteri sebab hilangkan rasa sedih. Aku dah belajar untuk cintakan dia sepenuh hati. Tapi dalam masa yang sama. Aku tak blh lupakan kenangan aku dengan ex.

Memang aku benci dia sebab tinggalkan aku. Kita bercinta 5 tahun. Mungkin semua silap aku dalam hubungan yang dulu. Aku tau dia perempuan yang baik tak pernah disentuh mana2 lelaki pun. Tapi aku yang rosakkan dia. Aku paksa dia tido dengan aku walaupun dia tak nak. Sebab cinta dia ikut juga aku. Walaupun muka dia btl2 takut. Aku marah dia. Dia menagis sebab kena paksa. Sebab syang aku tau dia akan buat apa pun aku nak.

Lepas malam tu tiap kali jumpa aku akan ajak dia puaskan aku. Dia sambung degree. Lpas tamat sijil aku kerja. Aku tak pernah belikan dia apa2 macam kekasih yang lain. Tapi dia tak pernah minta apa2. Tiap kali keluar dia sanggup belanja makan dan tengok wayang. Sanggup tolak motor sama2 abis minyak atas jalan dengan aku. Aku kering tak ada duit nak isi minyak. Dia minta tolg mak dia masukkan duit sikit. Sebab nak tolong aku. Dia jual laptop dia belajar untuk aku.

Sampai satu masa dia marah ternmpk aku chat dengan perempuan lain. Dia menagis. Aku minta maaf. Dia maafkan aku. Aku selalu tipu dia. Ada satu hari tu aku tipu dia tak boleh nak maafkan aku.  Dia tak call n sms. Hati aku rasa betul2 tak sedap. Aku tau dia btl2 kecewa.  Aku pg johor nak jumpa dia.  Jumpa makayah dia. Aku bagi alasan nak interview kt johor. Tumpang rumah dia. Masa pg rumah dia baru aku tau dia pun bkn orang senang.

Allahuakbar banyak betul dosa aku pada dia selama ni. Adik2 dia ramai masih sekolah. Ayah dia kannsser.  Apa aku dah buat dengan hidup dia selama ni.  Dia nampak muram dan tak happy mcm selalu.  Aku Cuba nak btlkan keadaan. Minta maaf apa yang aku buat. Aku menagis merayu untuk hubungan tu. Tapi dah terlambat dia pergi tinggalkan aku. Jiwa aku btl2 merana tanpa dia.

Ikutkan hati aku bagi tau makayah dia kita dah terlanjur byk kali. Tapi aku mattikan hasrat tu fikir keadaan keluarga dia. Ayah dia yang sakit. Aku tak fikir tentang kesusahan dia. Sebab aku dibesarkan di bandar dlm keluarga yang berduit. Aku dah move on. Aku mula kerja keras cari duit. Mulakan hidup yang baru. Aku berkenalan dengan seorang perempuan jauh lebih cantik dari ex yang dulu.

Aku bagi apa dia nak, aku bawa jalan naik kerata. Sebab aku dah ada semuanya. Tapi hakikat cinta sebenar bukan pada rupa tapi keikhlasan. Mungkin keikhlasan ex dalam hubungan yang buat aku rasa dihantui dosa2 silam. Dihantui banyangan kekasih Lama. Pengorbanan yang dia buat untuk aku walaupun dia ikat perut tak ada duit makan. 

Baru2 ni aku fb nampak ex aku dengan husband dia. Aku Cuba chat dan dia lepastu Aku tanya kenapa dia pergi dulu tapi Jawapan dia kerana keluarga dia orang susah dia byk tanggungan. Tak mungkin aku blh terima dia sebab kena jaga ayah dia yang sakit dan jauhkan dia dari dosa2 apa yang aku buat pada dia.
Hati aku rasa sakit. Mungkin kerana aku masih sayangkan dia.

Tengok kebahagiaan yang aku harapkan dengan dia.  Mungkin ini kifarah untuk aku kerana rosakkan anak orang.  Maafkan aku wahai kekasih dulu atas dosa2 aku pada kau. Terasa ingin hancurkan kebahagiaan kau yang skrg. Tapi aku masih ingat mungkin kita tiada jodoh. Maafkan Aku juga wahai isteri. Banyak yang aku tak luahkan dan cerita kisah2 silam . Biarlah menjadi  pengajaran hidup untuk aku. Kini aku pun ada anak perempuan baru beberapa bulan. Semoga Allah terima taubatku.